Berita Harian

PKR perlu akur keputusan letak calon BERSATU

-

Kuala Lumpur: Ahli PKR diminta menerima dengan hati terbuka keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari, berkata pihaknya tetap berpegang kepada konsep muafakat dalam parti dan akan memberi sokongan kepada calon yang mewakili PH.

“Saya rasa mereka (akar umbi PKR) bukan kecewa sangat. Pada pilihan raya lalu pun, (calon) ialah daripada BERSATU.

“Mereka mungkin menyampaik­an pandangan mereka dan semua pandangan itu dinilai dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Suara peringkat umbi

Dalam laporan akhbar sebelum ini, Amirudin selaku Pengerusi PH Selangor menyatakan ada suara pada peringkat akar umbi yang mahukan kepemimpin­an parti memilih calon PKR bertanding pada PRK itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor ditemui media selepas merasmikan program Democracy Fest yang bakal berlangsun­g lima hari bermula 13 Februari di pusat belibelah Publika di sini.

Festival berkenaan menjadi platform membincang­kan mengenai demokrasi dari pelbagai perspektif.

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandang­nya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU-14, Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi dalam pertanding­an empat penjuru, menewaskan S Arutchelva­n (Parti Sosialis Malaysia), Datuk Johan Abdul Aziz (Barisan Nasional) dan Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS).

Allahyarha­m yang juga Ketua Bahagian BERSATU Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac sebagai tarikh PRK DUN Semenyih, manakala hari penamaan calon pada 16 Februari dan mengundi awal pada 26 Februari.

PKR tetap berpegang kepada konsep muafakat dalam parti dan akan memberi sokongan kepada calon yang mewakili PH” Amirudin Shari, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia