Berita Harian

Netizen tak setuju

-

Kuala Lumpur: Kaedah pengundian secara elektronik (eundi) yang dipertimba­ngkan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna Facebook dan Twitter BH menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan sejak kelmarin.

Daripada jumlah 15,495 netizen yang memberi maklum balas mereka, sebanyak 65 peratus netizen tidak bersetuju dengan pelaksanaa­n kaedah berkenaan.

Setakat jam 5.30 petang semalam, seramai 10,073 daripada keseluruha­n responden tidak bersetuju dengan kaedah pengundian secara elektronik pada pilihan raya, manakala 5,422 atau 35 peratus lagi bersetuju dengan pembaharua­n berkenaan.

Selain undian, pelayar media sosial turut meninggalk­an pelbagai pandangan dalam ruangan komen.

Seorang pengguna media sosial yang menggunaka­n nama Areyusi Maru melahirkan rasa bimbang jika kaedah itu dilaksanak­an kerana berkemungk­inan akan berlaku penipuan.

Kes penipuan

“Pakai sistem elektronik lagi banyak penipuan nanti... buat biasa normal macam sekarang ni... cuba tengoklah sistem sekarang buku bank tiada dah, sekali sistem kena hack, maka tiada guna sistem elektronik,” katanya.

Bagaimanap­un, Hasridzuan Hassan menyokong kaedah itu dilaksanak­an jika sistem yang betul digunakan oleh SPR.

“Kalau kena dengan sistem yang betul, boleh rasanya sebab biasa kena scan cap jari dahulu log in; baru boleh undi... kawasan pengundian mungkin lebih banyak macam kedai cyber mana-mana pejabat yang ada sistem scan jari untuk kenal pasti individu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia