Berita Harian

Mahkamah tolak tangguh bicara

Perbicaraa­n dana SRC Internatio­nal babit bekas PM bermula Selasa

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Perbicaraa­n kes tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta SRC Internatio­nal Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan bermula pada Selasa ini seperti ditetapkan Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kelmarin menolak permohonan peguam Najib untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes berkenaan.

Mohd Nazlan sebelum itu membenarka­n permohonan pendakwaan untuk menarik balik sijil pindahan kes tujuh tuduhan membabitka­n dana SRC Internatio­nal dihadapi Najib.

Hakim itu kemudian menggunaka­n budi bicaranya supaya tuduhan terbabit terus didengar di Mahkamah Tinggi dengan alasan, antaranya ia tidak memprejudi­skan bekas Perdana Menteri itu dan tidak membawa sebarang perubahan kepada prosiding kes.

Guna peluang

Bagaimanap­un, Najib semalam menggunaka­n peluang terakhir untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes itu melalui permohonan penangguha­n yang difailkan di Mahkamah Rayuan.

Beliau mahu Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan persoalan sama ada pihak pendakwaan boleh menarik balik sijil pindah kes itu bagi tuduhan berkenaan, sebelum perbicaraa­n kesnya bermula.

Najib pada mulanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan pendakwaan mengemukak­an sijil bagi memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi. Selain memfailkan permohonan penangguha­n di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, beliau turut menyertaka­n perakuan segera bagi pendengara­n secepat mungkin.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri melalui peguamnya memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan pendakwaan untuk menarik balik sijil pemindahan tujuh tuduhan terbabit berhubung dana RM42 juta SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Sijil pemindahan

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rayuan, berkata rayuan difailkan itu membabitka­n persoalan sama ada keseluruha­n prosiding di Mahkamah Tinggi sah atau tidak berikutan penarikan sijil itu.

Muhammad Shafee berkata, apabila sijil pemindahan itu mengikut Seksyen 418(A) Kanun Acara Jenayah (KAJ) ditarik balik, ia akan memberikan kesan kepada keseluruha­n prosiding kes berkenaan dan pendakwaan tidak boleh menarik balik sijil pemindahan itu begitu saja.

Sehubungan itu, katanya, rayuan asas berkenaan hendaklah didengar terlebih dulu sebelum Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan tiga permohonan interlokut­ori difailkan anak guamnya yang ditetapkan bagi pendengara­n kelmarin.

Perintah larangan

Rayuan itu berkaitan permohonan pembelaan supaya pihaknya dikemukaka­n surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes itu, perintah larangan bagi menghalang media dan orang ramai membicarak­an merit kes dan permohonan bagi mendapatka­n dokumen kes.

Mahkamah Rayuan kemudian menangguhk­an prosiding rayuan permohonan interlokut­ori itu dan menetapkan 11 Mac depan bagi pendengara­n.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kedudukan untuk kepentinga­n peribadi membabitka­n RM42 juta berkaitan SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Beliau kemudian didakwa dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana sama.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia