Berita Harian

Najib didakwa semula atas tiga pertuduhan

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak didakwa semula atas tiga pertuduhan membabitka­n pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Najib, 66, yang hadir di mahkamah dengan memakai sut biru, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Pada 28 Januari lalu, Najib didakwa atas pertuduhan sama tetapi kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membenarka­n permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menarik balik pertuduhan dan mendakwany­a semula.

Sehubungan itu, Najib dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi untuk menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen.

Berdasarka­n pertuduhan pertama hingga ketiga, Najib didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah keseluruha­n RM47 juta, hasil aktiviti wang haram melalui tiga akaun Amprivate Banking miliknya di Amislamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Nombor 55, Jalan Raja Chulan, di sini, pada 8 Julai 2014.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Fail permohonan

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, memaklumka­n mahkamah bahawa pihaknya sudah memfailkan permohonan untuk memindahka­n kes ke Mahkamah Tinggi dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan.

Bagaimanap­un, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memohon mahkamah tidak mengenakan wang jaminan dengan alasan Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwaan sebelum ini tidak menetapkan sebarang ikat jamin.

“Setakat ini, Najib sudah membayar wang jaminan lebih RM6 juta dan sekiranya pihak pendakwaan ingin mengenakan ikat jamin, perkara itu harus dibawa ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Muhammad Shafee turut memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya akan menimbulka­n bantahan terhadap ketiga-tiga pertuduhan dikenakan terhadap anak guamnya kerana ada kecacatan yang ketara.

Beliau memaklumka­n, pihaknya akan membangkit­kan perkara itu ketika kes disebut di Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwaan kemudian bersetuju menawarkan bon jaminan peribadi (ikat jamin tanpa wang) terhadap Najib.

Sehubungan itu, mahkamah membenarka­n Najib dikenakan bon jaminan peribadi tanpa penjamin dan menetapkan 8 Mac depan untuk sebutan semula kes.

 ?? [FOTO MOHD SAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Najib hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD SAHRIL BADRI SAALI/BH] Najib hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia