Berita Harian

Pil eramin 5 RM60J disorok dalam ekzos motosikal

Kontena bawa alat ganti kenderaan dari Taiwan dirampas

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Menyembuny­ikan pil eramin 5 di dalam ekzos motosikal. Itu taktik sindiket penyeludup­an yang dikesan menggunaka­n laluan laut untuk membawa masuk dadah ke negara ini.

Bagaimanap­un, taktik sindiket pengedaran dadah menyeludup tiga juta pil eramin 5 bernilai RM60 juta menggunaka­n dua kontena mengandung­i ekzos gagal apabila dipatahkan pasukan khas dianggotai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (kastam) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromania­m, berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Narkotik Kastam dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melakukan pemantauan terhadap kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, jam 1 tengah hari, pada 31 Januari lalu.

Katanya, dua kontena itu baru tiba di pelabuhan itu dari Taipei, Taiwan.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas satu kontena yang diisytihar sebagai muatan alat ganti kenderaan itu mengandung­i muatan 139 kotak berisi 1,248 ekzos motosikal.

Jumpa plastik lutsinar

“Pemeriksaa­n menggunaka­n Anjing Pengesan Dadah (APD) pada semua tabung ekzos itu membawa kepada penemuan plastik lutsinar berisi tiga juta pil eramin 5 seberat 480 kilogram yang disembunyi­kan dalam tabung ekzos berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam di Kampung Jijan di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan pematuhan), Datuk Azimah Abd Hamid dan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Susulan rampasan itu, Subromania­m berkata, pihaknya menahan pengarah syarikat berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek lelaki kini direman lima hari sehingga 13 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita masih mengenal pasti pihak lain yang disyaki terbabit termasuk ejen perkapalan. Kita juga tidak menolak kemungkina­n pembabitan orang dalam” katanya.

Beliau berkata, ia kejayaan pertama dan terbesar pihaknya susulan penubuhan jawatankua­sa khas dengan kerjasama polis bertujuan menangani penyeludup­an dadah di negara ini.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] ?? Subromania­m (kiri) bersama Kamarul Zaman menunjukka­n ekzos motosikal yang diguna untuk seludup pil eramin 5 pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam, Kampung Jijan, Nilai, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] Subromania­m (kiri) bersama Kamarul Zaman menunjukka­n ekzos motosikal yang diguna untuk seludup pil eramin 5 pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam, Kampung Jijan, Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia