Berita Harian

2 beradik disyaki terbabit direman

-

Shah Alam: Polis menahan dua beradik bagi membantu siasatan penemuan mayat yang mempunyai 25 kesan tetakan di Batu 5, Jalan Kampung Jawa di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata kedua-dua lelaki berumur 33 dan 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Sentosa, Klang.

Suspek pertama ditahan pada jam 1.20 pagi, manakala abangnya yang dipercayai suspek utama ditahan pada jam 11.20 pagi hari yang sama. Polis turut menemui sebilah parang kira-kira 61 sentimeter.

Jumpa parang

“Parang itu dipercayai digunakan suspek utama untuk menetak mangsa dalam parit berdekatan rumahnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini semalam.

Baharudin berkata, siasatan mendapati suspek pertama tiada rekod jenayah, tetapi abangnya positif syabu serta mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitka­n kes samun serta dadah.

“Suspek utama juga baru selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah pada November lalu.

“Polis masih menjalanka­n siasatan sama ada suspek pertama turut terbabit dalam kes ini,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek utama adalah rakan serta samasama terbabit dalam kegiatan penagihan dadah.

“Suspek pertama direman lima hari, manakala permohonan reman suspek utama akan dilakukan esok (hari ini).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 4 petang kelmarin, mayat R Dharmaraj, 34, ditemui berlumuran darah oleh orang awam di kawasan lapang berhampira­n kuil.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] ?? Baharudin menunjukka­n parang disyaki digunakan dalam kes bunuh di Kampung Jawa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] Baharudin menunjukka­n parang disyaki digunakan dalam kes bunuh di Kampung Jawa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia