Berita Harian

Cadangan dibuka hingga Mac

5,000 syor diterima bagi tambah baik pendidikan negara setakat ini

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Suhaila Shahrul Annuar

Orang ramai boleh mengemukak­an idea dan cadangan masing-masing sehingga awal Mac ini kepada Jawatankua­sa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) ke arah menambah baik sistem pendidikan di negara ini.

Pengerusi JKD, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, berkata setakat ini kira-kira 5,000 maklum balas dikumpul pihaknya, membabitka­n cadangan daripada pelbagai peringkat secara bersemuka, sesi dialog awam, taklimat dan syarahan umum.

“Setakat ini kita sudah laksanakan sesi libat urus secara bersemuka dengan kira-kira 2,500 pemegang taruh terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk ahli akademik, industri, pelajar dan tenaga pengajar.

“Selain itu, sejak dibuka pada 12 Januari lalu, kira-kira 2,000 maklum balas daripada orang awam dikumpulka­n menerusi platform dalam talian.

“JKD melanjutka­n tempoh itu bagi membolehka­n lebih banyak maklum balas diterima ke arah memantapka­n sistem pendidikan negara.

Mahu lebih banyak maklum balas

“Sebelum ini kita tetapkan sehingga 15 Februari ini, tetapi kita perlukan lebih banyak maklum balas disebabkan itu dilanjutka­n hingga awal Mac ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

JKD dalam satu kenyataan sebelum ini mempelawa orang ramai memberi cadangan merangkumi aspek penambah baik kurikulum, kesedaran sivik dan pembentuka­n nilai murni pelajar.

Semua cadangan dan idea boleh disalurkan menerusi pautan https://goo.gl/forms/fq0dj2bfqq­pogezx1.

Borang khas bagi tujuan itu boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di alamat emel jkkdpn@gmail.com.

Dalam pada itu, katanya pihaknya percaya syor yang akan dikemukaka­n JKD kepada Kementeria­n Pendidikan akan menambah baik dasar pendidikan negara.

“Kita kena lihat dalam konteks yang lebih besar, perubahan sentiasa berlaku, terutama dalam era sains dan teknologi.

“Sudah pasti kita semua tahu, Malaysia mewarisi model sistem pendidikan yang diiktiraf antara terbaik di dunia iaitu daripada British, terutama dalam sektor pengajian tinggi seperti Oxford dan Cambridge.

“Kita perlu jelas akan beberapa perkara iaitu pendidikan ini bukan bersifat ‘one off’ tetapi perlu ada pembanguna­n yang berterusan,” katanya.

Ditanya sama ada Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 belum mencukupi bagi melonjak pendidikan negara, Ibrahim berkata, pelan berkenaan bagus, strategik dan relevan mengikut masa.

“Pelan ini lebih kepada pelaksanaa­n, mungkin penambahba­ikan perlu dilakukan secara berterusan supaya ia kekal relevan dengan perkembang­an semasa pendidikan,” katanya.

Tambahnya, pembinaan karakter kebangsaan Malaysia berteraska­n ilmu, kemahiran dan sahsiah adalah penting ke arah membentuk bangsa Malaysia yang berjaya.

Sebelum ini kita tetapkan sehingga 15 Februari ini, tetapi kita perlukan lebih banyak maklum balas disebabkan itu dilanjutka­n hingga awal Mac ini” Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengerusi JKD

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia