Berita Harian

RAPID rangsang pertumbuha­n kapasiti penapisan Asia

Kemasukan minyak mentah Arab Saudi, produk petroleum ditapis meningkat

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kompleks Pembanguna­n Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (RAPID) yang akan mula beroperasi pada suku keempat bakal merangsang pertumbuha­n kapasiti penapisan Asia bagi tahun ini.

Menurut laporan yang dikeluarka­n oleh S&P Global Platts Analytics semalam, RAPID juga akan meningkatk­an kemasukan minyak mentah dari Arab Saudi ke rantau ini dan menambahka­n bekalan produk petroleum yang telah ditapis.

“Ia menekankan peralihan pertumbuha­n kapasiti penapisan global ke rantau Asia di mana banyak pertumbuha­n permintaan kini tertumpu, dipacu oleh bahan api pengangkut­an dan petrokimia,” kata laporan bertajuk

Mula operasi suku keempat

“Pusat penapisan yang terletak di dalam Pembanguna­n Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di selatan Johor itu dijangka bersedia untuk memulakan operasi komersialn­ya menjelang suku keempat ini,” kata Prefchem dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Prefchem ialah syarikat usaha sama di antara PETRONAS dan Saudi Aramco.

RAPID akan mengeluark­an produk yang telah ditapis termasuk gasolin dan diesel yang memenuhi spesifikas­i Euro 5.

Mengulas lanjut, laporan itu berkata, syarikat penapis global akan menambah 1.87 juta tong sehari (b/d) bagi kapasiti Unit Penyulinga­n Minyak Mentah (CDU) pada tahun ini dengan rantau Asia Pasifik mewakili 61 peratus daripada jumlah itu.

Ini menjadikan jumlah kapasiti CDU Asia kepada lebih 37 juta b/d menjelang akhir 2019, menurut S&P Global Platts Analytics.

“Hasilnya, penguasaan Asia dalam kapasiti CDU global dijangka meningkat kepada 37 peratus pada tahun ini,” katanya.

Biarpun China terus mendominas­i pertumbuha­n kapasiti penapisan Asia, penambahan kapasiti daripada Asia Tenggara pada tahun ini adalah penting terutama daripada RAPID dengan kapasiti 300,000 b/d dan pusat penapisan Hengyi Brunei yang akan beroperasi pertengaha­n kedua 2019 dengan kapasiti 160,000 b/d.

RAPID juga akan menjadi kunci penting kepada strategi pemasaran Saudi Aramco kerana ia akan membekalka­n separuh daripada stok minyak mentah yang ditapis, dengan pilihan untuk ditingkatk­an kepada 70 peratus, manakala PETRONAS akan membekalka­n gas asli, tenaga dan keperluan utiliti lain yang diperlukan untuk menjana kompleks itu.

Pelaburan hiliran terbesar PETRONAS

PIC adalah antara projek pembanguna­n minyak dan gas (O&G) terbesar di rantau ini, selain pelaburan hiliran terbesar PETRONAS setakat ini.

Ia menempatka­n RAPID yang merangkumi kompleks penapisan minyak mentah bersepadu, perekah naphtha dan petrokimia.

PIC disokong oleh kemudahan lain yang terdiri daripada Loji Janaan Bersama Pengerang (PCP), Terminal Regasifika­si 2 (RGT2), Projek Air Mentah RAPID (PAMER), Unit Pemisahan Udara (ASU), Terminal Perairan Dalam Pengerang (PDT2), selain Kemudahan dan Utiliti Berpusat (UF).

Dengan pelaburan mencecah AS$27 bilion (RM111 bilion), PIC akan merangsang pertumbuha­n sektor hiliran O&G negara, sekali gus melonjakka­n Malaysia ke arah era baharu pembanguna­n ekonomi dan teknologi.

PIC bukan hanya akan menampung permintaan domestik bagi produk petroleum, malah memenuhi keperluan masa depan kerajaan dengan pelaksanaa­n spesifikas­i Euro 5 bagi bahan bakar dan diesel.

 ??  ?? Analisis: RAPID Malaysia merangsang bekalan produk Asia dan aliran masuk minyak mentah Arab Saudi.
Analisis: RAPID Malaysia merangsang bekalan produk Asia dan aliran masuk minyak mentah Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia