Berita Harian

Ringgit cecah paras tertinggi sejak Ogos 2018

Pengukuhan lapan hari berturut-turut didorong aliran masuk dana asing

-

Ringgit meningkat 0.1 peratus kepada 4.0665 berbanding dolar AS setakat petang semalam, mencecah paras tertinggi sejak 2 Ogos 2018 serta mencatatka­n mengukuh 0.7 peratus pada minggu ini.

Aliran masuk dana global

Kelmarin, dana global membeli ekuiti Malaysia bernilai AS$21.9 juta (RM89.1 juta), sekali gus merekodkan aliran masuk empat hari berturut-turut.

Ahli Strategi pasaran baharu muncul Asia di Natwest Markets, Maximillia­n Lin ketika dipetik Bloomberg berkata, kebimbanga­n terhadap pertumbuha­n perlahan di China memberi tekanan terhadap mata wang di Asia Utara dalam jangka pendek.

Sementara itu, katanya, mata wang seperti ringgit dan rupiah Indonesia akan mendapat sokongan daripada pendirian Rizab Persekutua­n (Fed) AS yang kurang memberangs­angkan serta aliran masuk bon.

BNM umum prestasi

Hasil 10 tahun Malaysia kekal kukuh pada 4 peratus, susut tujuh mata asas minggu ini.

Menurut kajian Bloomberg menjelang pengumuman data pada minggu depan, pengeluara­n industri dijangka meningkat 2.5 peratus pada Disember berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, menyamai kadar pertumbuha­n pada November.

Minggu depan, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengumumka­n prestasi suku keempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), baki akaun semasa dan rizab pertukaran asing untuk tempoh berakhir 31 Januari.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Aliran masuk dana global meningkatk­an prestasi ringgit.
[ FOTO HIASAN ] Aliran masuk dana global meningkatk­an prestasi ringgit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia