Berita Harian

Guan Eng ketuai penerangan bergerak di Jepun

-

Kementeria­n Kewangan (MOF) komited memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil dan berpotensi tinggi melalui acara penerangan bergerak selama tiga hari ke Jepun.

Acara penerangan bergerak yang diketuai menterinya, Lim Guan Eng itu juga bertujuan memberi keyakinan kepada pelabur antarabang­sa mengambil bahagian di dalam bon samurai bernilai 200 bilion Yen yang dijamin oleh Japan Bank Investment Corporatio­n (JBIC).

Guan Eng berkata, pelabur antarabang­sa yakin dengan potensi ekonomi Malaysia serta kebolehan kerajaan dalam memacu ekonomi negara.

“Malaysia terus dilihat sebagai destinasi pelaburan yang menarik terutama dengan komitmen kerajaan mentadbir berdasarka­n prinsip Cekap, Akauntabil­iti dan Telus (CAT).

“Mereka yakin pelaburan mereka akan digunakan untuk tujuan membangunk­an ekonomi Malaysia dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, semalam.

Penghargaa­n Kerajaan Malaysia

Dalam acara penerangan bergerak itu juga, Guan Eng turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso dan Penasihat kepada Perdana Menteri, Hiroto Izumi.

Guan Eng menyampaik­an penghargaa­n kerajaan Malaysia di atas kesudian Jepun melalui JBIC memberikan jaminan ke atas bon Samurai Malaysia untuk mengurangk­an kos pembiayaan ke atas pinjaman.

Jepun bukan sahaja telah memudahcar­a terbitan bon Samurai itu dalam tempoh yang singkat, tetapi juga membuka peluang perniagaan dalam bidang lain.

Kenyataan itu juga berkata, turut dibincangk­an adalah hala tuju perhubunga­n kedua negara dan ruang meningkatk­an kerjasama dan pelaburan di dalam pelbagai bidang strategik.

Katanya, hubungan erat dan kerjasama di antara kedua negara sejak sekian lama diyakini dapat dipertingk­atkan lagi melalui lawatan itu dan memberikan impak yang positif kepada rakyat secara keseluruha­n.

“Diharapkan hubungan keduadua negara akan berkembang kembali seperti zaman dasar Pandang ke Timur oleh Tun Dr Mahathir, di mana Jepun antara negara yang memainkan peranan utama dalam pembanguna­n ekonomi Malaysia ketika itu.

“Rombongan itu juga turut disertai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan (KSP), Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Timbalan KSP, Datuk Siti Zauyah Md Desa dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Marzunisha­m Omar.

“Acara penerangan bergerak ini diatur oleh Daiwa Markets Ltd dengan kerjasama Affin Hwang Investment Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd dan Mizuho Bank (Malaysia) Bhd selaku pengatur utama bersama (lead arrangers) yang dilantik MOF bagi tujuan penerbitan bon itu,” katanya. Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia