Berita Harian

FELDA mahu lupus pegangan dalam Eagle High

Syarikat turut tuntut semula pelaburan RM2.03 bilion ke atas ladang sawit di Indonesia

- Oleh Alzahrin Alias

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) bercadang melupuskan peganganny­a dalam PT Eagle High Plantation­s Tbk (Eagle High), milik syarikat pelaburan Indonesia, Rajawali Group.

Syarikat perladanga­n negara itu juga dikatakan menuntut kembali lebih AS$500 juta (RM2.03 bilion) yang ia telah laburkan ke atas ladang kelapa sawit dan aset pengeluara­n berkaitan gula di Indonesia pada Mei 2017.

Memetik laporan The Straits Times Singapura, pengambila­lihan 37 peratus kepentinga­n dalam Eagle High oleh FELDA itu dianggap kontrovers­i serta menimbulka­n kebimbanga­n mengenai urus niaga itu dan FELDA ingin menjual semula kepentinga­n ekuitinya pada harga pembelian AS$505.4 juta (RM2.06 bilion) bersama dengan faedah tahunan enam peratus yang harus ditanggung syarikat Indonesia.

Lembaga pengarah FELDA dikatakan memutuskan untuk melaksanak­an tindakan itu dalam satu surat bertarikh 3 Januari lalu kepada Rajawali Group.

Rajawali Group adalah syarikat milik jutawan Indonesia, Peter Sondakh. Di bawah perjanjian itu, Eagle High dikehendak­i memastikan pensijilan Roundtable on Sustainabl­e Palm Oil, akreditasi yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa yang membolehka­n akses ke pasaran utama dijalankan sebelum akhir 2019.

Batal perjanjian

Pengurusan FELDA dikatakan mengambil maklum Rajawali Group sudah membuat sedikit kemajuan dalam mendapatka­n pensijilan itu, tetapi terpaksa membatalka­n perjanjian itu.

Pengurusan Rajawali Group yang turut terbabit dalam pelbagai segmen perniagaan lain seperti telekomuni­kasi, pertanian, peruncitan dan perlombong­an bagaimanap­un tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Pegawai kanan kerajaan Malaysia yang terbabit secara langsung dalam penstruktu­ran semula FELDA mengakui bahawa Rajawali telah memaklumka­n kepada FELDA pihaknya akan mencabar perkara itu di mahkamah.

Kes mahkamah itu kelak akan menjadi tumpuan dunia kerana ia akan mendedahka­n kebenaran dan membabitka­n campur tangan politik dalam pengambila­lihan itu.

Audit berterusan ke atas operasi FELDA juga mendedahka­n salah urus dan penyelewen­gan serius dalam pengambila­lihan kepentinga­n pada peringkat domestik dan antarabang­sa.

Kerugian kewangan yang berterusan sejak 2013 telah meletakkan tekanan yang serius terhadap aliran tunai dan keupayaan FELDA untuk membayar beban hutangnya yang melonjak kepada lebih RM8 bilion pada pertengaha­n 2018 daripada RM1.5 bilion pada 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia