Berita Harian

Aktiviti O&G dijangka meningkat

-

dijangka berterusan dengan pengendali beralih tumpuan terhadap membangunk­an telaga minyak baharu terutamany­a di laut dalam, demikian mengikut Malaysia Petroleum Resources Corp (MPRC).

Katanya, pembanguna­n itu membawa peluang penting kepada syarikat perkhidmat­an serta peralatan minyak dan gas (OGSE) terutama membabitka­n peserta sublautan, penggerudi­an serta penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO)

Di dalam negara, aktiviti O&G dijangka meningkat pada tahun ini, seperti yang dapat dilihat dalam Laporan Unjuran Aktiviti PETRONAS bagi 2019-2021 yang mengunjurk­an peningkata­n dalam beberapa segmen huluan O&G seperti rig penggerudi­an dan perkhidmat­an sokongan.

“Malaysia juga mempunyai sejumlah besar aset yang telah beroperasi melebihi 40 tahun dan ini mewakili peluang pertumbuha­n yang menarik buat peserta OGSE untuk tahun mendatang.

Cari peluang

“Tambahan, kami menjangkak­an lebih banyak syarikat OGSE akan mencari peluang untuk mempelbaga­ikan sektor hiliran terutama dalam segmen MRO dengan siapnya Pembanguna­n Kompleks Bersepadu Pengerang di selatan Johor,” katanya dalam laporan bertajuk ‘MPRC 100: 100 Syarikat OGSE Terbaik di Malaysia.’

Laporan itu membentang­kan senarai 100 syarikat O&G tempatan yang kedudukan mereka disusun berpanduka­n jumlah pendapatan tahunan masing-masing bersandark­an tahun kewangan 2017 berdasarka­n data yang diperoleh setakat November 2018.

MISC Bhd berada di tempat pertama dengan pendapatan sebanyak RM10.07 bilion, naik satu tangga daripada tahun sebelumnya. Ia diikuti oleh Sapura Energy Bhd (RM7.65 bilion) dan Dialog Group Bhd sebanyak RM3.39 bilion.

Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC, Mohd Yazid Ja‘afar, berkata industri O&G yang menyaksika­n pemulihan secara beransur-ansur dalam aktiviti dan harga minyak juga masih tertakluk kepada ketidakten­tuan pasaran.

Katanya, ketidakten­tuan mengenai harga minyak beberapa tahun kebelakang­an ini menjadi peringatan yang jelas kepada peserta O&G dan OGSE untuk terus fokus dan meneruskan pembaharua­n untuk meningkatk­an kecekapan operasi.

“Di peringkat serantau, pemain OGSE Malaysia adalah lebih baik berbanding rakan dari negara lain susulan sumbangan daripada aktiviti domestik dalam kedua-dua segmen huluan dan hiliran.

“Berbanding dengan 20 syarikat OGSE di ASEAN, firma OGSE Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan purata sebanyak 12 peratus. Peserta serantau lain menunjukka­n penurunan pendapatan purata sebanyak 14 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia