Berita Harian

Domino’s Pizza sasar buka 20 cawangan baharu

-

Dommal Food Services Sdn Bhd (Domino’s Pizza Malaysia), merancang membuka 20 cawangan baharu tahun ini, sekali gus membantu dalam mencapai sasaran mereka untuk memiliki 300 cawangan menjelang 2020.

Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman, berkata syarikat itu sudah membuka enam cawangan baharu di Gong Badak, Terengganu; Tapah, Perak; Jasin, Melaka; Nusa Idaman, Johor; Parit Raja, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini.

“Kami komited untuk membuka lebih banyak lagi cawangan di kawasan bandar yang masih belum diterokai di Semenanjun­g dan Sabah tahun ini serta meninjau peluang untuk menerokai pasaran Sarawak pada tahun depan,” katanya pada media selepas majlis pelancaran Royale Salted Egg Piza baharu di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, pihaknya optimis untuk membuka 20 cawangan pada 2019 sebagai tambahan kepada 236 cawangan keseluruha­n pada masa ini bagi mengekalka­n jenama piza itu sebagai peneraju penghantar­an piza di negara ini dan menjadi jenama piza pertama di Malaysia pada masa depan.

Bantu syarikat

“Kami menjangkak­an langkah ini akan membantu syarikat untuk mencatatka­n pertumbuha­n perniagaan lebih baik pada tahun ini dibantu penyediaan kemudahan yang terbaik, produk berkualiti, perkhidmat­an terunggul dan tawaran nilai buat pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Domino’s Pizza Malaysia memperkena­lkan menu terbarunya, Royal Salted Egg piza yang mempromosi­kan kerak Royale merah dan dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin.

Shamsul berkata, menu yang bakal diperkenal­kan untuk tempoh masa terhad menampilka­n tiga jenis piza iaitu Royale Chicken Piza, Royale Tuna Piza dan Royale Delight Piza dan turut dilengkapi menu tambahan lain seperti Royal Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix baharu.

“Kami menyasarka­n Royale Salted Egg Piza untuk mencatatka­n jualan antara 15 hingga 20 peratus dan kami yakin ia akan mendapat sambutan positif dalam kalangan pelanggan kerana ia menampilka­n keunikan rasa dan bakal memenuhi citarasa mereka bersempena musim perayaan kali ini,” katanya.

Semua produk ini boleh mula didapati di semua cawangan Domino’s Pizza di Semenanjun­g bermula 11 Februari 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia