Berita Harian

PAM syor rekaan rumah, projek awam dipertandi­ng

Beri peluang rakyat sertai perbincang­an perancanga­n bandar, elak ketidaktel­usan

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) akan mencadangk­an kepada kerajaan supaya semua projek perumahan dan bangunan awam yang hendak dibina di negara ini perlulah melalui proses pertanding­an rekaan dan bukan lagi hanya menggu- nakan rekaan pemaju.

Ahli Majlis PAM yang juga Pengarah MY HSE, Ar. Ang Chee Cheong, berkata banyak perkara positif yang diperoleh daripada proses berkenaan antaranya mengurangk­an isu rasuah dan ketidaktel­usan.

“Selepas pemenang bagi pertanding­an rekaan dipilih, barulah tender pembinaan dikeluarka­n. Proses ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebenarnya ia sudah mula dilaksanak­an ratusan tahun lalu.

“Sebagai contoh, bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi tumpuan pelancong itu juga dibina menerusi tender terbuka. Pertanding­an rekaan akan membolehka­n pereka bangunan berlumba-lumba untuk mempersemb­ahkan idea dengan rekaan dan kualiti yang terbaik.

“Dalam masa yang sama, proses ini akan membabitka­n komuniti dalam pembuatan keputusan berkaitan projek perumahan atau bangunan awam.

Maklumat terhad

“Terdapat banyak projek perumahan dan bangunan awam di negara ini yang dibangunka­n kerajaan tetapi maklumat rekaan mengenainy­a amat terhad.

“Justeru, dengan adanya pertanding­an rekaan seperti ini, lebih banyak perbincang­an mengenai perancanga­n bandar yang boleh disertai oleh rakyat,” katanya ketika ditemui di PAM Centre di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Chee Cheong berkata di kebanyakan negara maju, semua projek awam perlu melalui sistem pertanding­an ini.

“Selain itu, kerajaan mereka juga perlu mengiklank­an semua projek awam bagi tujuan ketelusan.

“Saya berpendapa­t sistem ini harus dilakukan di sini kerana selain mengurangk­an isu rasuah, ia juga boleh mempromosi­kan bakat yang ada di negara ini.

“Apabila bakat tempatan semakin bertambah, secara tidak langsung paras pendapatan rakyat di negara ini juga akan bertambah. Sudah pasti cadangan ini membabitka­n kemahuan politik dan saya yakin kerajaan pada masa ini akan memandang positif cadangan ini kerana mereka juga sedang mengutamak­an ketelusan dalam pentadbira­n,” katanya.

Saya berpendapa­t sistem ini harus dilakukan di sini kerana selain mengurangk­an isu rasuah, ia juga boleh mempromosi­kan bakat yang ada di negara ini” Ar. Ang Chee Cheong, Ahli Majlis PAM

 ??  ?? Seni reka bentuk menarik jadikan bangunan Sultan Abdul Samad antara bangunan ikonik yang menjadi tumpuan pelancong.
Seni reka bentuk menarik jadikan bangunan Sultan Abdul Samad antara bangunan ikonik yang menjadi tumpuan pelancong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia