Berita Harian

Dituduh munafik, persenda agama

Emma akui berfikir masak-masak sebelum buka hijab, rela tanggung sendiri segala kesan

- Oleh Farhana Ab Rahman

Pfarhana@bh.com.my

engakuan Emma Maembong yang mengesahka­n dirinya tidak lagi mengenakan hijab selepas beberapa tahun bertudung menggempar­kan industri hiburan tempatan, beberapa hari lalu. Rata-rata peminat dan penggemar seni hiburan nyata terkejut dengan keputusan diambil pelakon wanita itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, mengaku sudah tidak lagi berhijab sejak Isnin lalu, seterusnya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sebaik sahaja berita itu dikongsi. Jika dilihat kepada komen ditinggalk­an di media sosial, bukan sedikit yang menghentam dirinya. Mengakui imannya belum cukup teguh, Emma selesa membiarkan keputusan dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.

B*POP mendekati wanita cantik ini bagi mendalami hatinya sebaik sahaja keputusan drastik terbabit diambil.

Emma tidak takut keputusan diambil memberi kesan kepada kerjaya seni? Emma:

B*POP:

Saya sudah memikirkan mengenai hal ini sebelum membuat sebarang keputusan, namun saya sentiasa yakin rezeki itu ada di mana-mana. Rezeki datang dalam pelbagai cara dan saya reda dengan ketentuan-nya.

Sebelum ini memang saya sudah berfikir masak-masak dan sudah dinasihatk­an mengenai kesan serta impak apabila membuat keputusan terbabit. Malah, saya turut digelar munafik dan mempermain­kan agama ketika masih bertudung apabila tersebarny­a gambargamb­ar di sosial media.

Bukan mudah sebenarnya untuk istiqamah, tetapi apabila terus dicap kerana tersebarny­a gambar, ibaratnya semua kesalahan itu menutup segala kebaikan saya selama ini. Saya turut memohon maaf di media sosial kepada peminat yang kecewa dengan keputusan yang dibuat.

B*POP: Adakah kerana tertekan dengan penyebaran gambar membuatkan Emma membuka tudung? Emma:

Jika diikutkan, saya bertudung bukan atas paksaan sesiapa, tetapi bermula dengan sering menggayaka­n selendang di leher serta ‘hoodie’ bagi menutup kepala. Kemudian saya diminta untuk bertudung dengan baik kerana gaya saya itu sejak dulu lagi. Tidak berakhir dengan itu, pakaian yang digayakan juga sering mengundang kecaman apabila ada sesetengah pihak menyuaraka­n pendapat mereka.

Kadang kala, apabila manusia berada pada kedudukan paling bawah kerana tekanan, ditambah pula dengan komen berunsur negatif, ia ibarat doa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia