Berita Harian

Nine aktif belakang tabir

-

Sementara itu, Nine atau nama sebenarnya, Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri, 37, berkata biarpun memiliki perniagaan sendiri, minatnya terhadap dunia muzik tidak pernah luntur.

Malah, katanya, dia masih sibuk dengan kerja di balik tabir biarpun

Phyne Ballerz dan Billy Zulkarnain tidak lagi aktif.

“Saya banyak bekerjasam­a dengan Edry, Azman Abu Hassan dan Azlan Abu Hassan untuk kerja penerbitan album. Saya juga menghasilk­an lagu dan lirik.

“Bagi saya, kerja tetap untuk hidup, tetapi saya tidak mampu meninggalk­an kecintaan terhadap dunia muzik.

“Saya meneruskan kerja di balik tabir tanpa mengharapk­an rezeki.

Saya melakukan pelbagai kerja kerana cinta terhadap dunia muzik, bukan sebagai mata pencarian,” katanya yang pernah tampil sebagai penyanyi solo dengan menghasilk­an lagu Hilang Selamanya pada 2015.

Lelaki kelahiran ibu kota itu berkata, biarpun terikat dengan komitmen kerja tetap, peluang beraksi dalam GV5 tidak mahu disia-siakan.

Penat bukan alasan

“Tidak dinafikan, saya dan Billy agak kepenatan. Siang bekerja, malam pula terikat dengan komitmen terhadap GV5.

“Namun, tiada alasan untuk kami mengeluh penat. Kami perlu pandai membahagik­an masa tanpa mengabaika­n kerja,” katanya.

Ujar Nine, paling susah buat dirinya apabila menyanyika­n lagu sendiri, Hati Terluka.

“Mungkin ia nampak senang, tetapi kami sudah lama tidak berkongsi satu pentas. Kami harus mengekalka­n keharmonia­n paduan dua suara.

“Bagi saya, paling penting, kami tidak syok sendiri ketika menyanyi,” katanya yang mendapat tunjuk ajar Cikgu Shafi.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia pernah menyertai kumpulan Ruffedge pada 2006, selama lima tahun. Bagaimanap­un, perjalanan seni Ruffedge agak perlahan, tetapi tidak berpecah sejak 2010.

Lagu ciptaan Altimet

“Jika diikutkan, rasa putus asa sudah banyak kali menguasai diri. Selepas tidak bersama Ruffedge, saya seperti putus harap.

“Saya berehat selama beberapa tahun sebelum membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo pada 2015. Bagaimanap­un, percubaan itu juga tidak menjadi apabila tiada promosi,” katanya.

Nine berkata, dia dan Billy akan merakamkan single baharu ciptaan Altimet.

“Semuanya masih pada peringkat perbincang­an. Kami memilih Altimet kerana yakin dengan lagu ciptaannya.

“Insya-allah, kami akan tampil dengan lagu berentak pop dan R&B,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Nine
Nine

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia