Berita Harian

Konsep gelap Jac, Nana

-

Sementara itu, Rizman Ruzaini bertanggun­gjawab mereka pakaian untuk tiga artis bertanding iaitu Hael, Jaclyn Victor (Jac) dan Siti Nordiana (Nana).

“Bagi persembaha­n duet Nana dan Jac, konsep yang dipilih bersifat gelap. Ia dirasakan sesuai dengan tema dan judul lagu itu sendiri, iaitu

“Jadi, kita mengambil pendekatan memaparkan gaya yang dramatik di samping props seperti kereta kuda dan pahlawan hitam. Walaupun berkonsep gelap, kedua-dua artis wanita ini terus kekal bergaya dengan pesona tersendiri.

“Bagi Nana, saya mereka gaun lurus yang mempunyai perincian ropol. Jaclyn pula bergaya dalam gaun labuh. Material labuci hitam juga melengkapi rekaan keduaduany­a. Walaupun berkonsep, kita tetap serlahkan aura diva mereka dan tidak semata-mata dilihat seperti kostum yang bertema.

“Bagi lagu solo Hael, kita sesuaikan konsep baju itu dengan lagunya yang bersifat seperti ‘World Music’. Baju dipenuhi dengan berlian emas dan seiring dengan perincian berat di leher dan tangan. Kita padankan ia dengan seluar dengan potongan pinggang tinggi, berserta perincian melengkapi gaya. Elemen fesyen semasa tetap disuntik walaupun ia seperti bertema.

“Bagi persembaha­n duetnya bersama Dayang pula, Hael mengenakan sut yang seakanakan baju hujan. Kita gunakan fabrik plastik untuk pakaian berkenaan. Seperti gaun untuk Nana dan Jac, apa yang dibuat untuk Hael juga masih berkonsep, tetapi dalam format maskulin serta tidak dilihat seperti kostum,” katanya.

Peralihan sedih ke bahagia

Pemenang Vokal Terbaik, Misha Omar, yang turut memenangi tempat ketiga menerusi lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya serta Shah Shamshiri turut dilihat ‘membara’ dengan busana merah menjerit, rekaan Brian Koo.

Penata gayanya pada

AJL 33, Colin Sim, berkata pihaknya cuba menyerlahk­an aura kuasa dan feminin buat wanita berusia 37 tahun itu.

“Kita cuba beberapa rekaan baju untuk Misha. Namun, akhirnya kita sedar bagai ada ruang kosong yang belum terisi. Bagaimanap­un selepas berbincang dengan pihak pengurusan­nya, termasuk konsep persembaha­n yang membabitka­n kesan khas air dan api, kita muncul dengan idea seperti dapat disaksikan pada malam kemuncak lalu.

“Penggunaan material rambu umpamanya boleh menampakka­n elemen ilusi pergerakan air yang beralun dan api yang membakar.

“Akhirnya kita putuskan untuk menggunaka­n rekaan Brian Koo, yang terkenal dengan rekaan berambu.

Gaya dan konsep dijelmakan untuk Misha menggabung­kan kuasa wanita yang memakai sut dan pada masa sama tampak feminin. Apa yang ditonjolka­n itu sesuai dengan dirinya yang kita tahu penuh kelembutan dan tampak kuat, terutama pada sisi vokal.

“Awalnya, kita pakaikan dirinya dengan pakaian luar daripada material organza berwarna hitam. Kemudian, ia dibuka bagi menampakka­n busana merah yang dipakai di dalam. Ia menjadi gambaran bagaimana perubahan dari gelap ke cerah (hitam ke merah) atau daripada kesedihan kepada bersinar semula. Ia seiring dengan lirik lagu itu,” katanya.

 ??  ?? Nisan Cinta. Hajat, Sampai Bila Jaclyn Victor dan Siti Nordiana Misha Omar Hatta Dolmat Rizman Ruzaini Rizalman
Nisan Cinta. Hajat, Sampai Bila Jaclyn Victor dan Siti Nordiana Misha Omar Hatta Dolmat Rizman Ruzaini Rizalman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia