Berita Harian

Hikmah kecewa kasih kecundang

Pengalaman duka bawa Kucaimars ke dunia seni

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Kmuhamadfa­iroz@bh.com.my

ekecewaan dan kesedihan ada kala menjadi rahmat tidak ternilai harganya. Biarpun kepedihan yang melanda mungkin hanya si empunya diri yang ketahui, tetapi kemanisan tetap ada pada penghujung­nya.

Begitu juga dengan bakat baharu, Kucaimars, yang menjadikan pengalaman putus cinta sebagai ilham menghasilk­an video lagu saduran. Media sosial adalah tempatnya mengubat duka apabila menjadikan platform itu ruang untuk meluahkan rasa.

Daripada video berkenaan juga dirinya disunting untuk melangkah ke arena seni suara.

Ibarat kisah cinta Sufian Suhaimi, begitulah ketabahan dirinya dalam mengharung­i rasa pilu apabila menjadikan lagu Di Matamu sebagai pembuka langkahnya dalam menghasilk­an video saduran.

Tanpa diduga, lagu terbabit menjadi tular dan meraih perhatian pengikut di media sosial. Dia mampu meraih lebih 200,000 pengikut di Instagram selepas berkongsi video berkenaan, April tahun lalu.

“Saya menghasilk­an banyak lagu saduran di media sosial kerana putus cinta. Tidak disangka, video saya mendapat perhatian netizen sehingga jumlah pengikut saya meningkat.

“Dari situ juga, saya banyak mendapat undangan mengadakan persembaha­n di universiti. Kawan turut memberikan dorongan untuk saya aktif dalam bidang seni. Kebetulan, Zimi Sofaz turut memerhatik­an bakat saya,” katanya yang juga graduan seni teater dari Universiti Teknologi MARA (UITM).

Nyanyi lagu Akim

Mempertaru­hkan genre pop alternatif, pemuda berusia 21 tahun ini menjadi artis rakaman dengan penghasila­n

single pertama ciptaan Hang Nadim (Akim) dan Zimi

Sofaz berjudul Jawab.

Bukan sekadar Akim, sebaliknya Kucaimars turut menarik perhatian Aizat Amdan, Epul Drama Band dan Adi 6ixth Sense dengan masing-masing menawarkan karya ciptaan mereka untuk dinyanyika­nnya.

“Genre saya lebih kepada pop alternatif. Begitupun saya pernah juga menghasilk­an lagu saduran berjudul Dinda, nyanyian Kugiran Masdo, namun dipersemba­hkan dalam nuansa dangdut,” katanya.

Menyentuh mengenai

single terbabit, Kucaimars berkata, proses rakaman lagu yang mengisahka­n mengenai diri dicurangi seorang wanita itu mengambil masa seharian untuk disempurna­kan.

Belum lagi menemui penggemar muzik, dia juga sudah mempunyai perancanga­n untuk single kedua yang dihasilkan oleh Aizat, selain bakal menerbitka­n lagu hasil karya sendiri.

“Saya berasa agak kekok apabila menyanyika­n lagu sendiri kerana sebelum ini, saya banyak mempersemb­ahkan lagu orang lain. Sepanjang proses rakaman, banyak kali juga Zimi memarahi saya kerana cara penyampaia­n tak sampai. Ia dikatakan tidak menepati cita rasa dirinya,” kongsi Kucaimars.

Bagi single kedua nanti, katanya, ia jauh berbeza kerana lebih bersifat catchy.

“Peminat sekarang lebih gemarkan lagu berentak sedemikian. Saya sudah ada tiga lagu daripada tiga komposer berbeza, termasuk Ezra Kong.

“Asalnya, saya memilih lagu Aizat sebagai single

pertama. Namun, berasakan lagu itu kurang sesuai sebagai salam perkenalan, jadi saya memilih Jawab,”

kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Bukan tiru nama Bruno Mars

Ditanya sama ada nama Kucaimars digunakann­ya ada kaitan dengan penyanyi, Bruno Mars, pemilik nama sebenar, Amirul Husyairi berkata, ia muncul secara kebetulan dan tiada kena mengena dengan penyanyi Amerika Syarikat itu.

“Nama Kucai diberikan oleh cikgu disiplin ketika di sekolah menengah kerana nama saya panjang. Mars pula saya ambil daripada coklat kegemaran saya.

Jadi, saya gabungkan kedua-duanya sebagai nama Instagram sampai sekarang, bukan sebab meniru gaya atau muzik Bruno Mars.

“Ketika di sekolah, saya ada band bernama Marz dan saya akui selesa bergerak secara berkumpula­n. Cuma, buat permulaan ini, saya mahu menempa nama sebagai penyanyi solo dulu. Kalau ada rezeki untuk bersama kumpulan, saya akan tampilkan band saya,” ujarnya.

Menjadikan Coldplay dan Noah sebagai rujukannya dalam bidang muzik, Kucaimars lebih gemar mengembang­kan bakatnya dalam bidang seni suara daripada cabang seni lain meskipun berkelulus­an dalam bidang teater. Mula menghasilk­an video lagu saduran di laman sosial Instagram miliknya sejak April tahun lalu sebelum membabitka­n diri dalam bidang seni sepenuhnya

Berkelulus­an diploma dalam bidang teater, minatnya lebih terarah kepada muzik dan pernah mempunyai band sendiri, Marz, ketika di bangku sekolah Single Jawab menjadi taruhan pertama, hasil ciptaan Hang Nadim dan Zimi Sofaz

Anak kepada seorang ahli perniagaan di Sabah ini adalah anak sulung daripada empat beradik

Bapa mahu melihatnya menyambung pengajian, manakala ibu pula tidak menentang minat Kucaimars dalam seni.

Meminta tempoh tiga hingga empat tahun dalam nyanyian sebelum mencuba bidang lain

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia