Berita Harian

‘Tiada sebab nak khianat’

Anna Jobling pertahan diri dituduh sebar video peserta pencarian bakat berpesta di kelab malam

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Drajamawar@bh.com.my

ituduh pengkhiana­t, ular dan dalang dalam penyebaran video kelab malam dan parti membabitka­n tiga finalis program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/2019, cukup membuatkan Anna Jobling, 19, tertekan.

Belumpun menempa nama, sekadar baru memulakan langkah sebagai model, pengacara dan pelakon, gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis itu sudah terheret dengan kontrovers­i yang sedikit sebanyak mencalar imej serta reputasi diri.

Tidak mudah buat pemenang tempat keempat pertanding­an terbabit menghadam setiap cemuhan yang dilemparka­n netizen terhadapny­a selepas dituduh sebagai dalang penyebaran video membabitka­n tiga gadis lain dalam program berkenaan.

Rentetan dua video yang tersebar itu, Haneesya Hanee ditarik mahkota juara Dewi Remaja dimenangin­ya, manakala dua finalis lain, Erni Nurshahira (Ernisha) dan Faizni Fazreen (Fazreen) pula dilarang menggunaka­n gelaran finalis

Dewi Remaja untuk aktiviti seni.

Bagai adik-beradik

Selepas lebih sebulan membisu tanpa bahasa, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman tampil mempertaha­nkan diri apabila tidak sanggup lagi menanggung tohmahan dan fitnah dilemparka­n kepadanya.

Bijak menyusun kata, Anna menjelaska­n: “Untuk apa saya memperlaku­kan tindakan sedemikian terhadap rakan-rakan? Tiada sebab untuk saya mengkhiana­ti mereka, kami melalui jatuh bangun bersama dalam program terbabit.

“Hubungan kami juga sudah rapat seperti adik-beradik. Hati saya tidak sebusuk dan sehina itu untuk menjatuhka­n orang lain.

“Tiada sekelumit pun perasaan dengki dan iri hati terhadap kejayaan Haneesya yang dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja, malah saya juga tidak pernah bermasalah dengan Ernisha mahupun Fazreen.

“Jauh di sudut hati, saya amat bersimpati terhadap apa yang berlaku pada mereka. Besar dugaan mereka hadapi, tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.”

Video tersebar selepas juara diumumkan

Gadis berdarah kacukan Inggeris di sebelah bapa, manakala

Portugis (Melaka) sebelah ibu itu berkata, dia sudah melihat sebuah video pada Disember, tetapi hanya mengabaika­nnya.

“Seorang daripada rakan yang berada dalam kelab malam menghantar sebuah video berparti dalam kumpulan Whatsapp Dewi Remaja. Satu lagi dimuat naik dalam laman Instagram, untuk tatapan teman baik secara peribadi.

“Apabila mendapat video berkenaan, saya hanya melihat.

Saya tidak kisah pun kerana itu hak peribadi mereka untuk berseronok.

“Malangnya, video parti berkenaan tersebar selepas Haneesya diangkat sebagai juara Dewi Remaja. Jadi, salah siapa?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia