Berita Harian

Wasiyyah Shoppe mahu teroka pasaran antarabang­sa

-

Wasiyyah Shoppe Bhd (Wasiyyah Shoppe) sasar untuk meluaskan operasinya pada peringkat antarabang­sa bagi perkhidmat­an perancanga­n harta secara Syariah dan pengurusan harta pusakanya.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutifn­ya, Ariffin Sabirin, berkata syarikat itu kini sedang pertimbang untuk meneroka pasaran Singapura, Australia dan United Kingdom (UK) berikutan terdapat permintaan tinggi untuk perkhidmat­annya dari pasaran terbabit.

Katanya, syarikat itu menyasarka­n 2019 sebagai tahun permulaan proses melangkah ke pasaran antarabang­sa dan tiga negara itu dipilih sebagai pasaran awal.

“Kelebihan utama perkhidmat­an kami adalah semua dokumen perancanga­n harta yang dibangunka­n adalah patuh hukum syarat dan pada masa sama, mempunyai fleksibili­ti mengikut undang-undang sivil yang diguna pakai di negara-negara berkenaan.

Perkhidmat­an bersifat inklusif

“Bagi memastikan perkhidmat­an bersifat inklusif, Wasiyyah Shoppe sedang berunding untuk menjalinka­n kerjasama strategik dengan pihak yang berminat dari negara berkenaan,” kataya.

Beliau berkata, fokus utama fokus utama syarikat bagi pasaran antarabang­sa adalah untuk melihat bagaimana ia boleh membantu pelanggan dari segi perancanga­n harta seperti cara pengagihan kepada pihak yang dikehendak­i oleh pemilik harta dan memudahkan waris dalam proses perundanga­n ketika menuntut harta pusaka.

“Ramai kini memiliki harta di luar negara. Antaranya membabitka­n hartanah, akaun bank dan saham syarikat.

“Disebabkan perbezaan undangunda­ng, ramai tidak menyedari terdapat prosedur tertentu yang rumit dan menelan perbelanja­an tinggi apabila waris ingin menuntut harta berkenaan.

“Ini cabaran utama yang bakal dihadapi waris dan kami akan membantu menawarkan penyelesai­an,” katanya.

Syarikat menyasarka­n 2019 sebagai tahun permulaan proses melangkah ke pasaran antarabang­sa dan tiga negara dipilih sebagai pasaran awal” Ariffin Sabirin,

Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia