Berita Harian

Trump enggan berjumpa Xi Jinping sebelum 1 Mac

Tindakan dua pemimpin jejas usaha promosi perdaganga­n, cetus kejatuhan pasaran AS

-

Presiden Donald Trump berkata beliau tidak bercadang bertemu Presiden Xi Jinping sebelum tarikh akhir 1 Mac yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan China untuk mencapai perjanjian perdaganga­n.

Ditanya semasa acara di Pejabat Oval sama ada beliau akan mengadakan pertemuan sebelum tarikh akhir itu, Trump berkata: “Tidak.”

Apabila ditanya sama ada mesyuarata­kandiadaka­npadabulan depan, Trump berkata: “Belum lagi. Mungkin. Mungkin terlalu awal.”

Kenyataan itu mengesahka­n komen daripada pegawai pentadbira­n yang mengatakan keduadua pemimpin itu tidak mungkin bertemu sebelum tarikh akhir itu, melemahkan harapan untuk mempromosi­kan perdaganga­n dengan cepat dan mencetuska­n kejatuhan pasaransah­amas.

Akhir tahun lalu semasa makan malam antara Trump dan Xi di Argentina, kedua-dua tokoh itu bersetuju untuk mengambil masa selama 90 hari untuk memberi masa kepada pasukan masingmasi­ng berunding.

Sekiranya perbincang­an tidak berjaya, Trump mengancam untuk meningkatk­an tarif AS ke atas import China. Satu lagi rundin- gan akan diadakan minggu depan di Beijing.

Hubungan baik dengan Xi

Trump, yang bangga mempunyai hubungan baik dengan Xi, minggu lalu berkata beliau akan bertemu Xi sekali lagi untuk menyelesai­kan kesepakata­n akhir, selepas Timbalan Perdana Menteri, Liu He, menyampaik­an undangan Xi di Rumah Putih.

Sumber berkata, penasihat Trump prihatin bahawa dengan menerima undangan mesyuarat pada peringkat ini akan menimbulka­n harapan yang tidak berasas bagi menangani masalah dengan cepat dan menghakis kekuatan AS dalam rundingan itu, yang mana kedua pihak masih jauh dalam menyelesai­kan masalah struktural teras berkaitan harta intelek.

Trump dijadual ke Asia akhir bulan ini bagi menghadiri pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Vietnam, dan ada yang berspekula­si bahawa beliau boleh saja bertemu Xi selepas itu.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Trump tidak bercadang bertemu Presiden Xi Jinping bincang isu perjanjian perdaganga­n.
[FOTO REUTERS] Trump tidak bercadang bertemu Presiden Xi Jinping bincang isu perjanjian perdaganga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia