Berita Harian

Tata Motors catat kerugian terbesar

-

Mumbai: Pemilik Jaguar Land Rover Automotive Plc dari India melaporkan kerugian suku tahunan terbesar dalam sejarah korporat negara itu yang didakwa berpunca daripada kejatuhan pasaran kereta China yang melanda pembuat kereta di seluruh dunia.

Saham syarikat itu jatuh sebanyak 30 peratus.

Kerugian bersih Tata Motors Ltd ialah 270 bilion rupee (AS$3.8 bilion) dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember, melebihi defisit yang dilaporkan oleh Indian Oil Corp pada tahun 2012.

Peningkata­n jualan di China mencetuska­n cabaran kepada Jaguar Land Rover termasuk peralihan industri dari kenderaan yang dipacu oleh petrol dan diesel - yang menjadi kekuatan bagi syarikat itu.

Keadaan pengeluara­nnya yang banyak di United Kingdom (UK), mendedahka­nnya kepada Brexit yang celaru, kemungkina­n yang telah meningkat sejak beberapa minggu lalu, kata Fitch Ratings minggu ini.

Syarikat penarafan itu telah meletakkan Tata Motors pada pemerhatia­n kredit negatif.

“Prestasi keseluruha­n terus dipengaruh­i oleh keadaan pasaran yang mencabar di China,” kata Ralf Speth, ketua Jaguar Land Rover, dalam satu kenyataan, kelmarin.

“Kami terus bekerjasam­a dengan peruncit China untuk bertindak balas terhadap keadaan pasaran semasa.”

Penurunan saham di Mumbai semalam adalah yang terbesar sejak Februari 1993 berdasarka­n asas harian. Saham syarikat itu merosot 51 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu sehingga kelmarin, berikutan kebimbanga­n mengenai jualan Jaguar Land Rover yang merosot, keuntungan, keperluan perbelanja­an modal yang tinggi dan kesan Brexit .

Pengeluar kereta di seluruh dunia terjejas akibat kemerosota­n di China, yang pasaran keretanya menyusut pertama kalinya dalam tempoh lebih dua dekad tahun lalu.

Daimler AG dan BMW AG mengurangk­an unjuran keuntungan tahun lalu susulan tekanan daripada perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china yang melanda permintaan automotif, manakala Hyundai Motor Co bulan lalu berkata, ia membiarkan pekerja berhenti kerana menyemak pelan pengeluara­n di pasaran terbesar dunia.

Kurangkan pelaburan

Jaguar Land Rover berkata, ia sedang merombak operasi di China dan mengurangk­an penghantar­an untuk mengurangk­an stok. Ia juga menyelaras­kan dasar komersilny­a untuk membantu mengimbang­i kerugian runcit, dan melancarka­n program latihan di tempat kerja bagi meningkatk­an pengalaman pelanggan serta operasi.

Tata Motors mengurangk­an pelaburann­ya di Jaguar Land Rover sebanyak AS$3.9 bilion disebabkan oleh cabaran pasaran, terutama di China, gangguan teknologi dan peningkata­n kos hutang.

Rugi bersih syarikat induknya berbanding keuntungan 12 bilion rupee yang dicatat setahun sebelumnya juga tidak menepati anggaran purata penganalis­is yang meramalkan keuntungan.

“Tata Motors telah merasai keperitan,” kata Ajay Bodke, ketua strategi pelaburan di Prabhudas Lilladher Pvt Ltd yang berpangkal­an di Mumbai, menerusi telefon.

“Mereka memperkuku­hkan lagi bahawa mereka serius dalam mencapai pemulihan, menjimatka­n kos dan mengambil langkah-langkah yang mungkin sukar.”

Sebagai sebahagian daripada rancangan Jaguar Land Rover untuk mencapai 2.5 bilion pound (AS$3.2 bilion) pelaburan, modal kerja dan penambahba­ikan keuntungan menjelang Mac 2020, syarikat itu pada Januari lalu berkata, ia akan mengurangk­an tenaga kerja globalnya sebanyak 4,500 orang.

Ini dijangka akan menghasilk­an kos luar biasa sekali sahaja bernilai sekitar 200 juta pound untuk unit mewah Tata Motors. Kos skim pemisahan sukarela itu akan dikenal pasti pada suku yang berakhir 31 Mac, kata syarikat itu.

 ??  ?? Kejatuhan pasaran kereta China dikatakan antara punca kerugian terbesar di alami Tata Motors.
Kejatuhan pasaran kereta China dikatakan antara punca kerugian terbesar di alami Tata Motors.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia