Berita Harian

FBM KLCI susut 6.87 mata

Jualan berterusan saham indeks, sentimen belian lemah pengaruhi pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam berikutan jualan berterusan membabitka­n saham berkaitan indeks, didorong oleh kelemahan sentimen belian akibat prestasi serantau yang suram, kata peniaga.

Pada jam 5 petang semalam, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan dengan susut 6.87 mata kepada 1,686.52 berbanding 1,693.39 pada penutupan Khamis.

Indeks penanda aras itu turut bergerak dalam lingkungan 1,683.71 dan 1,690.43 sepanjang tempoh dagangan selepas dibuka berkuranga­n 4.88 mata kepada 1,688.51.

Namun, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 407 berbanding 344 manakala 347 kaunter lain tidak berubah, 756 tidak didagangka­n dan 24 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.48 bilion saham bernilai RM1.72 bilion berbanding 1.42 bilion saham bernilai RM1.2 bilion pada Khamis.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata FBM KLCI dijangka menguji paras rintangan segera pada 1,700.

“Namun, perkembang­an luaran terus menjadi tumpuan dengan isu rundingan dagangan antara Amerika Syarikat dan China kekal sebagai sumber ketidakten­tuan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Harapan melihat perjanjian dagangan antara kedua-dua negara kuasa besar ekonomi itu dimuktamad­kan juga terbukti masih jauh daripada kenyataan, demikian menurut pandangan Pengarah Majlis Ekonomi Nasional, Larry Kudlow.

Malah pertemuan antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatann­ya dari China, Presiden Xi Jinping juga dijangka tidak berlaku sebelum tarikh 1 Mac ini.

Pada peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank susut satu sen kepada RM9.58, Tenaga turun 22 sen kepada RM13.20 manakala Public Bank untung enam sen kepada RM24.92, Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM8.45 dan RM5.67.

Bagi saham aktif, Sapura Energy untung 1.5 sen kepada 28 sen, Bumi Armada menokok satu sen kepada 23.5 sen manakala Karex naik 5.5 sen kepada 43.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 27.9 mata kepada 11,725.52, Indeks FBMT 100 susut 31.42 mata kepada 11,601.54 dan Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 48.64 mata kepada 11,593.03.

FBM 70 meningkat 27.33 mata kepada 14,032.9 dan Indeks FBM Ace bertambah 38.24 mata kepada 4,555.22.

Selain itu, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menokok 2.94 mata kepada 17,642.11, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri meningkat 0.53 mata kepada 161.97 dan Indeks Perladanga­n susut 20.17 mata kepada 7,299.6.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.9 bilion saham bernilai RM1.59 bilion, berbanding 1.11 bilion saham bernilai RM1.15 bilion, hari ini.

Jumlah waran pula menokok kepada 389.26 juta unit bernilai RM90.31 juta berbanding 120.26 juta unit pada Khamis yang bernilai RM15.1 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 191.34 juta saham bernilai RM35.98 juta berbanding 187.38 juta saham bernilai RM29 juta pada Khamis.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 221.67 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmat­an industri (159.62 juta), pembinaan (102.93 juta), teknologi (141.04 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (41.61 juta), hartanah (79.85 juta), perladanga­n (45.8 juta), REIT (12.88 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (989.62 juta), penjagaan kesihatan (19.86 juta), telekomuni­kasi dan media (48 juta), pengangkut­an dan logistik (21.61 juta) dan utiliti (18.62 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia