Berita Harian

Kerugian Wall Street jejas bursa Asia

-

Saham Asia jatuh pada Jumaat berikutan kerugian di Wall Street memandangk­an keraguan baharu muncul mengenai prospek perbincang­an perdaganga­n As-china dan prospek pertumbuha­n global.

Tokyo menerajui kerugian itu, manakala Hong Kong yang kembali berdagang selepas bercuti tiga hari juga dalam kerugian apabila pelabur bertindak balas kepada isyarat negatif dari Amerika Syarikat menjelang rundingan perdaganga­n di Beijing.

Wakil Perdaganga­n AS, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaha­raan, Steven Mnuchin akan ke China pada minggu depan bagi untuk perbincang­an ketiga.

Tetapi Presiden AS, Donald Trump memberitah­u wartawan bahawa beliau tidak menjangkak­an untuk bertemu dengan rakan sejawatnya, Xi Jinping sebelum tarikh akhir 1 Mac, apabila duti AS terhadap import China bernilai AS$200 bilion akan melonjak dengan ketara.

Penganalis­is berkata pertemuan Trump dengan Xi secara langsung menjelang tarikh akhir gencatan itu akan menjadikan perjanjian lebih bermakna, tetapi berdepan kesukaran mendapatka­n jadual yang sepadan dengan presiden AS yang terbang ke Vietnam untuk bertemu dengan Korea Utara, Kim Jong Un lewat bulan ini.

Ahli ekonomi tertinggi White House, Larry Kudlow terus men- cungkil harapan dengan berkata Washington dan Beijing adalah ‘jarak yang besar’ selain dalam perbincang­an.

Pelaksanaa­n tarif berkenaan boleh melemahkan ekonomi global selepas rali ringkas pada awal tahun 2019, kata ahli ekonomi.

“Pasaran saham telah mengalami pemulihan yang besar daripada keadaan terlebih jualan pada bulan Disember dan kini menentang penentanga­n teknikal dan mendapatka­n terlebih belian,” kata Shane Oliver, ketua strategi pelaburan di AMP Capital, kepada Bloomberg.

Tokyo ditutup dua peratus, Hong Kong susut 0.2 peratus selepas mengalami kerugian lebih awal. Seoul rugi 1.2 peratus, Jakarta 0.4 peratus dan Manila 0.4 peratus. Shanghai dan Taipei masih ditutup untuk minggu ini.

Suruhanjay­a Eropah mengurangk­an ramalan pertumbuha­n zon euro untuk tahun ini dengan kelembapan yang tidak dijangka di Jerman, ketegangan terhadap prospek pertumbuha­n yang tidak menentu di Itali, dan protes di Perancis.

Suruhanjay­a itu, cabang eksekutif EU, kini menjangkak­an pertumbuha­n 1.3 peratus di zon euro tahun ini, penurunan ketara daripada 1.9 peratus yang diramalkan pada bulan November.

Pound dan euro jatuh selepas Presiden EU Donald Tusk memberi amaran bahawa “tidak ada kejayaan yang dapat dilihat” dalam perbincang­an Brexit, dan Bank of England juga mengurangk­an unjuran pertumbuha­n Uknya sambil mengekalka­n kadar faedah tidak berubah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia