Berita Harian

Mowgli Malaysia jadi tumpuan tetamu majlis kahwin abang

Muhammad Syukur jalan ‘tugas khas’ layan tetamu ingin bergambar

- Oleh Helmy Abd Rahman

Populariti 'Mowgli Malaysia', Muhammad Syukur Khamis, 14, yang mencanak naik kebelakang­an ini membuatkan tetamu lebih bertumpu kepadanya berbanding dua abangnya yang bersanding pada majlis sambut menantu di Kampung Banggol Katong, di sini semalam.

Malah, Muhammad Syukur seolah-olah menjalanka­n ‘tugas khas’ pada majlis itu iaitu melayan tetamu yang ingin bergambar dengannya.

“Memang penat sangat sebab dari jam 9 pagi lagi sehingga sudah dekat 4.30 petang tetamu tak putus-putus nak bergambar dengan saya.

“Bagaimanap­un saya tak kisah dan ingat pesan ayah supaya jangan sombong dan layan orang yang menegur atau ambil gambar,” katanya.

Berbanding kelmarin, remaja berkenaan kelihatan agak ceria dan langsung tidak menampakka­n kesedihan selepas kerbau kesayangan­nya, Tongkol disembelih untuk dijamu kepada tetamu pada majlis sambut menantu itu.

Elak makan daging kerbau

Menurut Muhammad Syukur, dia memilih memakan daging lembu sahaja pada majlis itu.

“Bukannya tak makan kerbau tapi hari ini makan lembu,” katanya sedikit sedih.

Majlis semalam menyaksika­n lebih 5,000 tetamu datang meraikan pasangan Muhamad Kamil Khamis, 30, dan Nur Baizura Ramli, 31, serta Muhamad Alias Khamis, 29, dan Nurul Aina Che Jusoh.

Sementara itu, Muhamad Kamil berkata, dia dan isteri tidak kisah apabila tetamu lebih memberi perhatian kepada Muhammad Syukur walaupun ia majlis untuk meraikanny­a.

“Majlis ini untuk meraikan Syukur juga, memang kita dah tahu orang yang datang pun nak ambil gambar dengan dia,” katanya.

Bapa mereka, Khamis Jusoh, 63, berkata tetamu tidak putus-putus datang sejak majlis bermula jam 9 pagi sehingga petang.

“Awalnya saya jangkakan 3,000 tetamu datang tapi sekarang tak boleh nak agak, rasanya lebih ramai daripada itu,” katanya.

Menurutnya, Muhammad Syukur sudah ceria dan tidak lagi sedih seperti kelmarin disebabkan kerbau yang dianggap sebagai sahabatnya dikorbanka­n untuk majlis itu.

“Semalam (kelmarin) pun dia sedih sebab ramai orang yang bertanya sedih atau tidak, jika tidak tiada apa-apa,” katanya.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Muhammad Syukur terus menjadi tumpuan pada majlis sambut menantu dua abangnya di Kampung Banggol Katong, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Muhammad Syukur terus menjadi tumpuan pada majlis sambut menantu dua abangnya di Kampung Banggol Katong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia