Berita Harian

17 peniaga dakwa diugut wakil PBT

-

Batu Pahat: Seramai 17 peniaga yang mendapat tawaran berniaga di Gerai Lot Niaga Taman Industri Sri Sulong daripada Majlis Perbandara­n Batu Pahat (MPBP) membuat laporan polis berikutan mendakwa dianiaya dan diugut wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Parit Sulong, lewat petang kelmarin itu, antara lain mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam urusan pembahagia­n gerai, selain wang deposit tidak munasabah dikenakan ke atas peniaga.

Ada unsur salah laku

Pengerusi Gerakan Komuniti Semerah Kini (GKSK), Mohammad Heder Roslan, yang juga antara peniaga yang mendapat tawaran berniaga di lot gerai MPBP mendakwa terdapat unsur salah laku dan penyelewen­gan sehingga peniaga tidak berpuas hati dan teraniaya.

Katanya, ia bermula apabila 17 peniaga yang berjaya mendapat surat tawaran lot gerai MPBP di taman berkenaan hadir untuk cabutan undi bagi penetapan lot gerai masing-masing.

“Namun, kami terkejut apabila tiba hari pengundian lot, seorang Ahli Majlis MPBP tibatiba membawa masuk seorang peniaga baharu yang tidak membuat permohonan, tidak melalui sesi temu duga, apatah lagi mendapat surat tawaran rasmi lot niaga rasmi.

“Ia sekali gus menafikan peluang seorang lagi peniaga yang berjaya dan mendapat surat tawaran rasmi MPBP, tetapi tibatiba ditolak.

“Keadaan ini menyebabka­n bukan sahaja dia, malah semua peniaga lain terkejut,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, kelmarin.

 ?? [FOTO MOHAMED FARID NOH /BH] ?? Mohammad Heder bersama peniaga yang tidak berpuas hati menunjukka­n salinan laporan di pekarangan Balai Polis Parit Sulong, kelmarin.
[FOTO MOHAMED FARID NOH /BH] Mohammad Heder bersama peniaga yang tidak berpuas hati menunjukka­n salinan laporan di pekarangan Balai Polis Parit Sulong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia