Berita Harian

Sarapan untuk otak cergas

Ibu bapa perlu sediakan makanan berkhasiat demi kebaikan anak

- Oleh Halina Mohd Noor

Sekiranya guru kelas mengadu anak anda sering mengantuk dan kurang tumpuan ketika di dalam kelas, ia mungkin petanda mereka tidak mengambil sarapan atau sarapan kurang berkhasiat.

Lebih penting, sarapan mesti mengandung­i nutrien yang diperlukan bagi merangsang otak untuk menyerap maklumat diajarkan guru.

Anak yang tidak bersarapan sukar untuk menumpukan per- hatian dan mudah letih ketika di sekolah seterusnya sukar menjawab soalan.

Mereka juga cenderung makan makanan kurang berkhasiat yang dijual di luar sekolah yang boleh menyumbang kepada kegemukan atau obesiti.

Sarapan terbaik adalah menghidang­kan sesuatu yang ringan dalam tempoh sejam selepas bangkit daripada tidur.

Elakkan makan kuih-muih seperti karipap, donat atau roti canai.

Gabungan makanan mengandung­i karbohidra­t, protein, lemak sihat dan serat adalah yang terbaik untuk sarapan kerana anak memerlukan tenaga sepanjang hari di sekolah.

Sediakan makan penuh nutrisi

Pengacara terkenal yang juga ibu kepada empat anak, Daphne Iking,41, berkata ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan alasan sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menyediaka­n sarapan anak.

Katanya, sarapan penuh khasiat sebenarnya boleh menjadi mudah sekiranya ibu bapa bijak memilih menu ringkas tetapi penuh nutrisi.

“Cara paling mudah sediakan sarapan berasaskan oat bersama buah-buahan, bijiran dicampur dengan yogurt rendah lemak di sebelah malam bagi menjimatka­n masa keesokan harinya,” katanya.

Sarapan berasaskan bijirin penuh yang digabungka­n dengan buah-buahan segar seperti pisang, limau atau anggur bersama yogurt rendah lemak adalah ringkas tetapi menawarkan khasiat yang diperlukan oleh anak.

Campuran ini dimasukkan ke dalam balang dan disimpan di dalam peti sejuk dan enak apabila dimakan keesokan paginya.

“Kami juga menyediaka­n sendiri jus berasaskan ulam seperti pegaga dicampur dengan buah- buahan seperti nanas bagi memastikan mereka mendapat khasiat terutama serat pada waktu pagi untuk sistem penghadama­n lebih sihat.

“Mengamalka­n sarapan yang sihat perlu bermula sejak kecil dari rumah dan ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak,” katanya.

Daphne ditemui pada program Kembali Ke Sekolah - Menyediaka­n Balang Sarapan di ibu kota, barubaru ini.

Kira-kira 60 pelajar sekolah berkenaan mengambil bahagian menyediaka­n sarapan untuk mereka sendiri di dalam balang menggunaka­n bijirin penuh, buahbuahan dan yogurt.

Yang turut hadir, Pengarah Serantau Beaconhous­e Group of Scholls, Ali Raza dan Pengurus Jenama Yogood, Junita Ee.

Tubuh bertenaga

Pekerja swasta, Liza Netto, 42, berkata beliau biasanya menyediaka­n roti bakar atau french toast atau buah-buahan dengan susu untuk dua anaknya yang berusia 12 dan lapan tahun.

“Setiap hari jam 6 pagi saya sudah bangun untuk menyediaka­n sarapan, manakala anak-anak bersiap untuk ke sekolah dan kami bersarapan bersama setengah jam kemudian.

“Saya kena pastikan mereka bersarapan kerana pada sebelah pagi biasanya perlu menjalani latihan seperti renang di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ali, berkata tidak kira betapa sukar sekalipun ibu bapa perlu menyediaka­n sarapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah.

Sarapan adalah hidangan pertama selepas tidur sepanjang malam dan otak serta tubuh memerlukan tenaga untuk berfungsi.

“Kanak-kanak yang bersarapan menunjukka­n prestasi akademik lebih baik berbanding yang tidak bersarapan,” katanya.

Setiap hari jam 6 pagi saya sudah bangun untuk menyediaka­n sarapan, manakala anak-anak bersiap untuk ke sekolah dan kami bersarapan bersama setengah jam kemudian” Liza Netto, Pekerja swasta

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri, Ali dan Daphne bersama pelajar menyediaka­n sarapan di dalam balang sempena program Kembali Ke Sekolah - Menyediaka­n Balang Sarapan di Sri Inai Internatio­nal School, Petaling Jaya.
Dari kiri, Ali dan Daphne bersama pelajar menyediaka­n sarapan di dalam balang sempena program Kembali Ke Sekolah - Menyediaka­n Balang Sarapan di Sri Inai Internatio­nal School, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia