Berita Harian

Kusta rosakkan saraf, kulit

- Oleh Osman Lisut

Kemasukan warga asing yang tidak diketahui status kesihatan mereka antara punca penularan semula penyakit kusta selepas negara diumumkan bebas daripadany­a awal 1990-an.

Penyakit berkenaan dikatakan kembali selepas negara dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) secara amnya mencatatka­n kes baharu di antara 200 hingga 300 setahun.

Perunding Dermatolog­is Pusat Perubatan Pantai, Dr Nazirin Ariffin, berkata dianggarka­n 206 kes baharu dilaporkan di negara ini tahun lalu dengan semuanya adalah PATI.

Beliau berkata, dianggarka­n kirakira 216,000 penghidap kusta dilaporkan pada 2016 di seluruh dunia, dengan menyaksika­n nisbah 0.29 kes untuk setiap 10,000 penduduk dunia, terdedah kepada penyakit ini.

Katanya, kusta atau dikenali sebagai Hansen atau Leprosy adalah penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria Mycobacter­ium leprae (M.leprae).

Merebak menerusi titisan pernafasan

Beliau berkata penyakit ini boleh merebak namun kaedah penularan tidak diketahui secara tepat.

Kebanyakan kes M leprae disebarkan melalui titisan pernafasan daripada hidung atau mulut.

“Seorang pesakit kadangkala berupaya mengeluark­an tujuh bilion bakteria bacilli dalam satu gram tisu. Kuman ini boleh hidup hingga seminggu di luar tubuh manusia terutama di kawasan tropika yang lembap,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, faktor persekitar­an yang kotor dan keadaan tempat tinggal yang sesak menyumbang kepada merebaknya penyakit ini, di samping kekurangan zat makanan dan daya tahan badan yang lemah.

“Pada masa sama, penghidap mudah dijangkiti penyakit lain kerana sistem pertahanan tubuh semula jadi mereka lemah selepas diserang kusta,” katanya.

Menyerang semua peringkat usia

Beliau berkata, kusta boleh menyerang semua peringkat usia, tetapi bilangan tertinggi kerap dijangkiti adalah golongan muda berusia antara 10 hingga 14 tahun dan 30 hingga 60 tahun.

“Lelaki berdepan risiko dua kali ganda lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan. Kanak-kanak juga terdedah kepada penyakit ini.

“Mereka yang berisiko ialah individu yang berhubung rapat dengan pesakit kusta, tidak mendapat rawatan dan mereka yang tinggal di negara asal penyakit (endemik).

“Sebaik sahaja pesakit memulakan rawatan, mereka tidak lagi menyebarka­n penyakit berkenaan kepada individu lain,” katanya.

Faktor genetik

Mengulas isu berkaitan, Perunding Dermatolog­is UITM Specialist, Dr Wan Syameen Afira Wan Ahmad Kamal, berkata seseorang yang ada hubungan rapat berpanjang­an dengan individu berpenyaki­t kusta dan tidak dirawat selama bulan berkemungk­inan boleh mendedahka­n individu terbabit turut dijangkiti.

Beliau berkata, mereka yang sihat berjabat tangan atau memeluk, duduk bersebelah­an di dalam bas atau ketika makan dengan pesakit Hansen tidak akan dijangkiti.

“Kusta tidak disalurkan daripada seorang ibu kepada bayi yang belum lahir pada masa kehamilan dan melalui hubungan seksual sekiranya pasangan menghidapn­ya. Kusta bukan penyakit genetik dan tidak diwarisi,’ katanya.

Dr Wan Syameen Afira, berkata apabila penyakit Hansen menyerang seseorang, jangkitan itu boleh menjejaska­n saraf, kulit, dan membran mukus (lapisan mukosa).

Kerosakan saraf kata beliau, membawa risiko lumpuh tangan dan kaki. Saraf yang terjejas menyaksika­n pesakit kehilangan perasaan atau deria.

“Apabila keadaan ini berlaku, kecederaan seperti luka terjadi tanpa disedari. Pesakit gagal mengesan rasa sakit yang memberi amaran mengenai bahaya badan.

“Pesakit perlu berhati-hati bagi mengelak bahagian badan yang tidak terjejas daripada mengalami kecederaan.

“Jika kusta tidak dirawat, tangan dan kaki pesakit akan lumpuh sedikit demi sedikit, pada masa sama mengecilka­n saiz jari kaki dan tangan.

“Bagi mereka yang sudah kronik, pesakit mengalami kesan kehilangan kening dan kecacatan hidung pelana (kecacatan hidung) berpunca daripada kerosakan kepada septum hidung. Ulser kornea dan buta juga berlaku jika saraf muka terjejas,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia