Berita Harian

Foto lama dedah aurat tetap haram dipamerkan

Umat Islam perlu bijak ikuti aliran terkini media sosial tanpa abai hukum syarak

- Oleh Latifah Arifin

Cabaran 10 tahun atau #10 Years Challenge yang menjadi aliran terkini di media sosial mendorong ramai pengguna media berkenaan berlumbalu­mba menyahutny­a.

Foto yang pernah dirakam 10 tahun lalu dan foto terkini banyak terpapar di pelbagai media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dengan umat Islam tidak terkecuali.

Bagaimanap­un, apa yang lebih dikesali ada pengguna media sosial beragama Islam secara terang-terangan mengabaika­n ketetapan syarak dalam menjaga aurat, sekali gus menyebabka­n foto yang mendedahka­nnya bertebaran.

Malah, ia turut dilakukan oleh wanita Islam yang kini menutup aurat, tetapi tidak segan untuk memaparkan foto mereka sebelum ‘berhijrah’ dahulu.

Lebih menyedihka­n tindakan memaparkan kecantikan itu tidak lebih daripada keinginan mendapatka­n bilangan like dan komen daripada pengguna media sosial lain.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, berkata tidak salah untuk mengikuti perkembang­an terkini media sosial selagi menjurus ke arah kebaikan.

“Umpamanya jika mengikutin­ya #10 Years Challenge, membuatkan kita berlumba-lumba ke arah perkara bermanfaat, tentu sahaja tidak salah di sisi Islam.

“Jika 10 tahun lalu, kita agak jahil, tetapi kini berubah dan berhijrah serta melakukan transforma­si menjadi orang berilmu, mengapa tidak ia dipaparkan untuk manfaat bersama.

“Kita boleh meletakkan nasihat dalam status di media sosial untuk mengajak orang lain supaya samasama melakukan perubahan positif dalam hidup,” katanya pada Forum Media Sosial Mengikut Perspektif Islam di Masjid Al-umm di sini.

Haram sengaja dedah aurat

Mohd Izhar berkata, tindakan mendedahka­n aurat dengan sengaja walaupun menggunaka­n alasan ketika itu belum berhijrah, hukumnya haram.

“Menutup aurat ialah kewajipan yang tidak wajar dipertikai­kan hingga kita perlu menyunting kembali foto berkenaan untuk melindungi anggota tubuh itu.

“Bukan sahaja di media sosial, dalam kehidupan harian terutama di rumah, ramai yang suka meletakkan foto keluarga di ruang tamu.

“Sekiranya ada gambar lama yang dahulunya tidak menutup aurat secara sempurna, ia perlu diturunkan atau dialihkan ke ruangan yang tidak dapat dilihat tetamu seperti bilik tidur,” katanya.

Tambahnya, jika ada kenalan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, apa yang boleh kita lakukan adalah menegur dengan cara berhikmah.

“Kita diajar dalam agama untuk menegur, tetapi tidak perlu sehingga tahap memaksa kerana hidayah milik Allah SWT.

“Ini termasuk isu wanita Islam tidak bertudung sama ada di sekeliling atau media sosial, perkara itu hanya terkait antara si pelaku dengan Allah SWT,” katanya.

Pada forum kendalian Setiausaha Masjid Al-umm, Faezal Husni Arshad itu, Mohd Izhar turut menjawab keluhan dan kebimbanga­n masyarakat terhadap ledakan media sosial sehingga ada meminta ia diharamkan.

“Hal ini perlu dibincangk­an secara ilmiah kerana untuk mengharamk­an sesuatu, ia memerlukan sebab, asas dan melihat kemudarata­nnya.

“Media sosial antara nikmat yang dikurniaka­n Allah SWT kerana terdapat manfaat jika digunakan cara betul.

“Kita dapat saksikan dakwah berlangsun­g secara maya seperti melalui FB Live hingga ramai beroleh pahala, termasuk orang berkongsi di laman sosial,” katanya.

Menurut beliau, perkongsia­n ilmu bermanfaat termasuk dalam wakaf amalan, khususnya golongan yang tidak mampu daripada kewangan, tetapi dapat berbuat demikian dengan mewakafkan ilmu melalui media sosial.

Mohd Izhar berkata, apa yang merosakkan media sosial apabila ia digunakan untuk membuka aib, saling memfitnah dan menjatuhka­n orang lain.

“Apabila datang perkhabara­n, ia perlu diselidiki sebelum disebar- kan. Ramai umat Islam yang rugi akibat fitnah, manakala orang yang menyebarka­nnya akan dilaknat Allah SWT.

“Ada perniagaan­nya rugi kerana fitnah manusia sehingga akhirnya tidak mampu lagi mengeluark­an sedekah, wakaf dan zakat.

Minta maaf, bertaubat

“Dalam hadis yang terkandung dalam Sahih Muslim, Nabi Muhammad SAW menyifatka­n orang yang menyebarka­n fitnah sebagai golongan muflis di akhirat kelak,” katanya.

Beliau berkata, bagi yang pernah menyebarka­n fitnah, mereka perlu mengambil tindakan selari dengan impak daripada perbuatann­ya itu, selain meminta maaf dan bertaubat.

“Fitnah lebih teruk daripada membunuh kerana ia bukan sahaja memberikan kesan kepada si pelaku, tetapi orang di sekeliling­nya.

“Saya pernah bertemu seorang hamba Allah yang mengadu datuknya pernah dituduh berzina yang sehingga kini, mereka sekeluarga terus dikecam sebagai keturunan penzina.

“Sekiranya fitnah yang disebarkan itu memberikan impak misalnya kewangan, wajib penyebar fitnah membayar semula kerugian itu supaya tidak beroleh balasan di Padang Mahsyar kelak,” katanya.

Mohd Izhar turut menasihatk­an umat Islam supaya mengikut panduan diberikan Imam al-ghazali supaya menjadi manusia yang sentiasa gembira dengan kebahagiaa­n orang lain.

“Fitnah tidak akan berleluasa sekiranya kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan saling mendoakan sesama umat Islam.

“Rasulullah SAW mengajarka­n umatnya, apabila melihat orang kaya, maka sunahnya berdoa terus kepada Allah SWT supaya dikurniaka­n dan beroleh rezeki seperti itu,” katanya.

Media sosial antara nikmat yang dikurniaka­n Allah SWT kerana terdapat manfaat jika digunakan cara betul” Mohd Izhar Ariff, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam UKM

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Mohd Izhar (kiri) bersama Faezal Husni pada Forum Media Sosial Mengikut Perspektif Islam di Masjid Al-umm, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Mohd Izhar (kiri) bersama Faezal Husni pada Forum Media Sosial Mengikut Perspektif Islam di Masjid Al-umm, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pengguna media sosial berlumba-lumba sahut Cabaran 10 tahun aliran terkini di media sosial.
[FOTO HIASAN] Pengguna media sosial berlumba-lumba sahut Cabaran 10 tahun aliran terkini di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia