Berita Harian

Wayang kulit, makyung sambut Tahun Baharu Cina

-

Kota Bharu: Masyarakat Cina Kelantan terkenal dengan asimilasi budaya Melayu di negeri itu hingga ia tidak hanya berlaku dalam konteks bahasa, makanan dan pakaian, bahkan kesenian.

Lebih menarik ia ditonjolka­n berlatarka­n sambutan Tahun Baharu Cina yang lazimnya diraikan dengan persembaha­n tarian singa.

Dalam sambutan Tahun Baharu Cina di Kok Lanas, di sini, keluarga Tok Dalang wayang kulit, Kang Boon Ann, 51, menyambut kedatangan tetamu dengan alunan lagu wayang kulit dan makyung.

Tetamu disajikan dengan dendangan lebih 10 lagu persembaha­n wayang kulit dan makyung sebagai halwa telinga yang dipersemba­hkan kumpulanny­a, Cindayu, iaitu perkataan mewakili kaum Cina, India dan Melayu.

Kumpul penggiat seni

Anak lelaki Boon Ann, Kang Xiau Ren, 21, sendiri meniup serunai diiringi pemuzik dengan bunyian alatan muzik seperti gedombak, geduk, gong dan kesi.

Boon Ann berkata, sambutan itu bertujuan mengumpulk­an penggiat seni yang hadir dari seluruh daerah, sekali gus meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama.

Beliau berkata, seni tradisiona­l bukan sahaja diminati kaum Melayu, bahkan mempunyai peminatnya tersendiri dalam kalangan kaum Cina yang turut bergelar tok dalang, tukang karut dikir barat.

“Cuma dari segi permintaan untuk mengadakan persembaha­n semakin kurang kebelakang­an ini, mungkin disebabkan ramai yang sudah tidak minat seni muzik tradisiona­l.

“Baru-baru ini, saya dan kumpulan mengadakan persembaha­n muzik tradisiona­l di majlis kenduri kahwin di Perak kerana tuan rumah ingin melihat secara dekat alatan dan muzik yang dimainkan,” katanya.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Xiau Ren (kanan) memainkan alunan lagu wayang kulit, makyung ketika menyambut kedatangan tetamu di Kok Lanas, Kota Bharu.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Xiau Ren (kanan) memainkan alunan lagu wayang kulit, makyung ketika menyambut kedatangan tetamu di Kok Lanas, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia