Berita Harian

Pemilik sewa rumah kepada warga asing, nafikan hak B40

-

saya di beberapa bandar utama menunjukka­n sebahagian besar rumah kos rendah, disewakan pemiliknya kepada warga asing yang bekerja di negara ini.

Ini jelas menunjukka­n pembeli rumah kos rendah di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor; Johor Bahru dan Pulau Pinang kemungkina­n memiliki lebih daripada satu rumah, iaitu satu rumah sewa dan satu lagi rumah yang didiami mereka sendiri.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana perbuatan membeli lebih daripada satu rumah kos rendah, membuktika­n mereka bukan daripada kumpulan 40 peratus pendapatan terendah (B40).

Ini sekali gus menafikan hak warganegar­a yang betul-betul memerlukan dan kurang mampu membeli rumah terutama mereka dalam kumpulan B40.

Salah guna kuasa

Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat keadaan ini, kerana kemungkina­n ada salah guna kuasa oleh kakitangan dalam agensi kerajaan.

Jika ada unsur salah guna kuasa, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut mengambil tindakan lanjut.

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga patut meneliti isu ini agar pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.

Tindakan tegas ini juga bagi mengelak perbuatan yang sama dilakukan oleh pihak yang tidak layak membeli rumah murah, untuk memilikiny­a pada masa depan.

Selain itu, urusan jual beli rumah kos rendah yang telus juga dapat membantu menyelesai­kan isu perumahan untuk rakyat kurang mampu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia