Berita Harian

Pembanguna­n diri, imej cabaran dilalui suri rumah

-

mengetahui suri rumah juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan hidup, namun ramai tidak menyedari kerana beranggapa­n golongan berkenaan tidak mungkin melaluinya kerana hanya duduk di rumah dan tidak bekerja.

Tanggapan dan persepsi sebegini sama sekali tidak benar. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Suri Rumah Rahmah (SRR) menjalanka­n satu tinjauan dan soal selidik berkaitan dengan isu suri rumah berkenaan.

Soal selidik ini dijalankan dalam kalangan ahli kami yang berumur 45 tahun ke bawah.

Dua isu utama dihadapi suri rumah

Antara hasilnya ialah 67 peratus suri rumah merasakan bahawa cabaran paling besar dalam kehidupan mereka, ialah pembanguna­n diri (termasuk emosi) serta imej dalam masyarakat. Ini dua isu utama yang cuba SRR juarai dan mencari penyelesai­an.

Melihat kepada isu pembanguna­n emosi suri rumah yang kritikal ini, SRR menganjurk­an seminar Suri dan Emosi tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada suri rumah.

Seminar yang berlangsun­g di Bangi, Selangor dan Melaka itu bertujuan membantu suri rumah memahami, serta membantu mereka menangani tekanan.

Dengan penuh rasa tanggungja­wab, SRR menyeru masyarakat untuk bersama-sama peka dan prihatin kepada isu berkaitan suri rumah.

Usaha murni dalam mengetenga­hkan isu ini sewajarnya dipuji. SRR akan terus komited mengangkat isu berkaitan suri rumah demi kelangsung­an institusi keluarga dalam menuju Malaysia negara rahmah.

Nurul Huda Ahmad Nawawi, Pengerusi Suri Rumah Rahmah

Suri rumah tidak terlepas daripada menghadapi tekanan hidup, namun ramai tidak menyedari kerana beranggapa­n golongan berkenaan tidak mungkin melaluinya kerana hanya duduk di rumah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia