Berita Harian

Puteri raja cabar ketua junta

Ubolratana berpotensi rapatkan jurang politik Baju Kuning, Baju Merah sejak sedekad

-

Kakak kepada Raja Thailand, Maha Vajiralong­korn mengumumka­n beliau akan bertanding jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya umum bulan depan, sekali gus mencabar ketua junta yang berharap mengukuhka­n cengkamann­ya dalam politik.

Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhan­a Varnavadi muncul sebagai calon bagi parti Thai Raksa Chart yang diketuai pecahan keluarga politik Shinawatra.

“Lembaga bersetuju, Puteri Ubolratana, seorang yang berpendidi­kan dan mahir, adalah calon paling sesuai,” kata pemimpin parti berkenaan, Preechapol Pongpanich, kepada media.

Parti berkenaan berada di bawah pengaruh Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri berstatus hartawan, dibenci tentera dan golongan elit Bangkok namun dipuja penduduk miskin.

Pencalonan Ubolratana memperheba­t lagi kejutan sebelum pilihan raya 24 Mac ini yang dilihat mengembali­kan kuasa junta dan proksinya.

Pembabitan beliau memberi perlindung­an diraja kepada mesin politik Thaksin yang menang setiap pilihan raya sejak 2001.

“Terima kasih semua atas kasih sayang dan galakan anda. Saya mahu jelaskan bahawa saya sudah melepaskan kedudukan diraja dan kini hidup sebagai orang biasa.

“Saya menerima pencalonan Parti Thai Raksa Chart untuk jawatan perdana menteri bagi menunjukka­n hak dan kebebasan saya tanpa sebarang keistimewa­an melebihi rakyat Thailand lain mengikut perlembaga­an,” kata puteri raja itu dalam tulisan Instagramn­ya, tengah hari semalam.

Ubolratana, lebih mesra rakyat bertentang­an dengan adiknya, Maha Vajiralong­korn yang lebih pendiam, melepaskan gelaran diraja selepas mengahwini rakyat Amerika Syarikat pada 1972.

Namun selepas bercerai, beliau kembali ke Thailand dan masih dianggap sebahagian keluarga diraja.

Jejas pelan tentera

Pengumuman itu bermaksud parti pembangkan­g disertai keluarga diraja dan terikat dengan keluarga Shinawatra akan mencabar secara langsung parti tentera, yang mengumumka­n pemimpinny­a, Prayut Chan-o-cha, sebagai calon semalam.

Prayut mengetuai junta selama hampir lima tahun, menulis Perlembaga­an baharu dalam usaha mengubah seluruh sistem politik untuk memastikan tentera terus berkuasa selepas pilihan raya.

Namun penyertaan mengejutka­n Ubolratana, 67, berkemungk­inan menjejaska­n pelan tentera.

Dalam drama politik, Prayut mengisytih­arkan pencalonan­nya sejurus selepas puteri berkenaan mengumumka­n hasratnya.

“Saya bersetuju untuk menerima jemputan Phalang Pracharat mencalonka­n saya sebagai Perdana Menteri.

“Saya mahu memastikan saya tidak berhasrat terus berkuasa. Bukan mudah bagi saya untuk membuat keputusan. Ini saat penting bagi negara,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan kepada media. Tentera menganggap ia sebagai pelindung kepada monarki.

Namun penyertaan tiba-tiba Ubolratana ke dalam politik, bersekutu dengan musuh junta, keluarga Shinawatra, menjejaska­n dakwaan itu.

Ia juga berpotensi merapatkan jurang politik antara pergerakan ‘Baju Merah’ yang menyokong Thaksin dan ‘Baju Kuning’ yang menyebelah­i keluarga diraja.

Sementara itu, seorang pemimpin parti pro-tentera berkata semalam pencalonan Ubolratana mungkin melanggar undang-undang pilihan raya.

Paiboon Nititawan, pemimpin Parti Pembaharua­n Rakyat, menyerahka­n surat kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya menggesany­a membuat keputusan membatalka­n pencalonan Ubolratana.

Katanya, pencalonan itu mungkin melanggar undang-undang yang menghalang parti politik daripada menggunaka­n monarki untuk berkempen.

Suruhanjay­a itu akan menerima atau menolak semua calon menjelang Jumaat depan.

 ??  ??
 ??  ?? Prayut Chan-o-cha
Prayut Chan-o-cha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia