Berita Harian

Russia sedia bincang MH17: Belanda

-

Amsterdam: Kerajaan Belanda berkata kelmarin, pihaknya yakin kerajaan Russia bersedia mengadakan pertemuan untuk perbincang­an secara sulit tidak lama lagi mengenai pihak yang bertanggun­gjawab terhadap insiden pesawat MH17 ditembak jatuh pada 2014.

Pasukan siasatan antarabang­sa yang diketuai oleh Belanda merumuskan, pesawat yang dalam perjalanan dari ibu kota Belanda ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia.

Namun, Moscow menyangkal sebarang pembabitan dalam kejadian itu.

“Kami sudah menghubung­i Russia menerusi saluran diplomatik atas dasar tanggungja­wab bersama. Kami yakin perbincang­an dengan pihak Russia dapat diadakan dalam masa terdekat,” kata jurucakap Kementeria­n Luar Belanda.

Mahu Russia bertangung jawab

Pesawat MH17 ditembak jatuh dalam wilayah dikuasai puak pemisah pro-russia di timur Ukraine pada Julai 2014, mengakibat­kan 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Kira-kira dua pertiga daripada mereka adalah rakyat Belanda.

Pada Mei 2018, Kerajaan Belanda dan Australia berkata, mereka mahu Russia bertanggun­gjawab terhadap kejadian itu, selepas penyiasat berjaya mengesan sistem peluru berpandu BUK digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

Sistem itu didakwa digunakan oleh briged anti pesawat ke-53, yang berpangkal­an di Kursk, barat Russia.

Bagaimanap­un, Presiden Vladimir Putin, menolak dakwaan bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu Russia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia