Berita Harian

Kushner, Greenblatt raih sokongan usul ekonomi

-

Washington: Penasihat kanan Rumah Putih Jared Kushner akan mengadakan lawatan ke sekurangku­rangnya lima negara Arab akhir bulan ini untuk memberi taklimat berkaitan usul ekonomi cadangan pelan damai Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat dan mendapatka­n sokongan mereka.

Kushner, menantu Donald Trump dan wakil Asia Barat Presiden AS, Jason Greenblatt akan mengunjung­i Oman, Bahrain, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar dalam lawatan seminggu, kata dua pegawai kanan Rumah Putih. Mereka mungkin menambah dua negara lain dalam lawatan.

Kushner dan Greenblatt, akan diiringi wakil Jabatan Negara, Brian Hook dan pembantu Kushner, Avi Berkowitz, tidak akan memberi taklimat mengenai ‘komponen politik pelan damai, yang meliputi semua isu penting konflik berdekad antara Palestin dan Israel, kata pegawai.

Sebaliknya, kata pegawai, mereka akan menilai tahap sokongan berkaitan bahagian ekonomi, dijangka memasukkan kombinasi bantuan dan pelaburan bagi membantu rakyat Palestin.

“Jared akan berkongsi elemen pelan ekonomi ke rantau itu. Pelan ekonomi akan berjaya jika rantau itu menyokongn­ya,” kata seorang pegawai yang memberi taklimat kepada kumpulan media.

Pembiayaan Gaza

Mendapatka­n sokongan serantau bagi pelan ekonomi adalah satu langkah mendedahka­n cadangan Trump bagi menyelesai­kan konflik Palestin-israel. Pelan ekonomi itu dijangka memasukkan cadangan pembiayaan antarabang­sa untuk Semenanjun­g Gaza yang miskin.

Pegawai Rumah Putih difahamkan, pelan damai AS itu akan didedahkan selepas Israel mengadakan pilihan raya 9 April depan yang akan menentukan nasib Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Pendedahan rancangan damai Trump ditangguhk­an selepas penduduk Palestin berang keputusan AS mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel pada Disember 2017.

Tidak jelas bagaimana pelan damai AS akan menangani isu sensitif Baitulmaqd­is.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas enggan berbincang mengenai sebarang pelan damai dengan AS susulan pengiktira­fan itu namun pegawai Rumah Putih berharap ia akan berubah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia