Berita Harian

Pemilik Virgin terbang ke angkasa lepas Julai

-

Washington: Jutawan Britain, Richard Branson bercadang melakukan lawatan ke angkasa lepas dalam tempoh empat atau lima bulan lagi menaiki kapal angkasa miliknya, Virgin Galactic, katanya kelmarin.

“Hasrat saya ialah naik ke atas (angkasa) pada ulang tahun ke-50 pendaratan di bulan, itu yang kita sedang usahakan,” kata ketua kumpulan Virgin ketika ditemui dalam satu acara penghormat­an Virgin Galactic di Air and Space Museum di sini.

Misi Apollo 11 oleh Amerika Syarikat (AS) itu mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.

Virgin Galactic adalah satu daripada dua syarikat bersama Blue Origin yang dalam rangka menghantar penumpang ke angkasa lepas, walaupun hanya beberapa minit.

Syarikat itu mahu menghantar ratusan ribu pelawat dalam penerbanga­n pendek ‘suborbital’, bermaksud mereka tidak mencapai ketinggian mencukupi mengorbit bumi.

Misi itu lebih pendek dan berpatutan berbanding projek dirancang Spacex untuk menghantar seorang jutawan Jepun ke bulan menjelang 2023.

Dikemudi dua juruterban­g

Virgin Galactic terbang 80 kilometer di atas bumi, dianggap AS pinggir angkasa lepas, untuk kali pertama pada Disember lalu. (persetujua­n antarabang­sa ialah 100 kilometer)

Kapal angkasa Virgin Galactic, digelar Spaceshipt­wo, dikemudi dua juruterban­g.

Untuk berlepas, ia digugurkan oleh sebuah pesawat pengangkut seperti bom, kemudian menghidupk­an enjin untuk berlepas terus ke udara, akhirnya mendaki cukup tinggi bagi menyaksika­n lengkungan bumi.

Pesawat mengelilin­gi dan menurun secara semula jadi, meluncur semula ke titik pelepasan di Pangkalan Udara dan Angkasa Lepas Mojave, California. Ia berupaya membawa enam penumpang bersama dua juruterban­g.

Branson sebelum ini mengumumka­n tarikh untuk kunjungan pertamanya ke angkasa lepas, walaupun ia tidak pernah berlaku.

Namun kali ini, ahli perniagaan itu mendakwa, persediaan berada di peringkat akhir.

“Menjelang Julai, kita selesai menjalanka­n ujian mencukupi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia