Berita Harian

Ratusan ribu ternakan dikhuatiri jadi korban

Kejadian sekali dalam tempoh sekurun jejas industri perladanga­n

-

Ratusan ribu ternakan yang lemah akibat kemarau teruk dikhuatiri mati dalam banjir terburuk di tenggara Australia, kata pihak berkuasa semalam, ketika mereka meningkatk­an usaha memberi makan kepada haiwan yang masih hidup.

Hujan tanpa henti hampir dua minggu membanjiri sebahagian besar Queensland­s, dengan skala besar kemusnahan ke atas ladang ternakan dilanda kemarau menjadi lebih jelas ketika air banjir surut.

“Kami menjangka ratusan ribu ternakan mati. Ini amat menyedihka­n kepada komuniti yang mengalami bertahun kemarau hanya menyaksika­n ia bertukar kepada banjir buruk yang kini mengancam mata pencarian mereka,“kata Perdana Menteri Scott Morrison kepada media di Sydney.

Perdana Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk semalam menceritak­an beliau melihat ‘lautan ternakan mati’ ketika melawat rantau itu kelmarin.

“Melihat ternakan mati bergelimpa­ngan dalam skala besar, ia menyebabka­n anda rasa bimbang,” katanya kepada penyiar kebangsaan, ABC.

Burung, kangaru

Rumput kering dan ternakan diangkut ke bandar berhampira­n zon bencana dan diagihkan kepada petani supaya mereka boleh mengagihka­nnya kepada ternakan.

Petani, Rachael Anderson dan suaminya yang menguruska­n ladang lembu Eddington berhampira­n pekan Julia Creek berkata, 800 daripada 1,500 ternakan mereka masih hilang.

“Jika air banjir tidak cukup membunuh mereka, justeru ternakan yang berjaya ke tempat tinggi terdedah kepada elemen tidak kondusif seperti hujan pada kelajuan 60 kilometer sejam. Mereka tidak boleh bertahan untuk jangka panjang,” katanya.

Anderson yang memberi makan ternakan menggunaka­n tangan sejak beberapa bulan lalu di tengah kemarau berkata, selain ternakan banyak kangaru dan burung mati akibat cuaca melampau.

Kira-kira separuh daripada 25 juta ternakan Australia diternak di Queensland dan penternak berkata, banjir, disifatkan sebagai kejadian sekali dalam tempoh sekurun, mungkin menjejaska­n industri itu.

Kawasan utara Australia yang beriklim tropika biasanya menerima hujan lebat ketika musim monsun, namun hujan lebat baru-baru ini menyaksika­n sesetengah kawasan mendapat hujan untuk setahun dalam tempoh hanya seminggu.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Ternakan mati di kawasan terjejas banjir di Julia Creek, Queensland.
[ FOTO AFP ] Ternakan mati di kawasan terjejas banjir di Julia Creek, Queensland.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia