Berita Harian

AS batal visa penyokong Maduro, tolak rundingan

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) berkata kelmarin, ia membatalka­n visa pembuat dasar Venezuela yang dipilih Presiden Nicolas Maduro sambil mengkritik negara Eropah dan Amerika Latin kerana berusaha mengadakan dialog dengan pemimpin itu.

AS mengiktira­f Juan Guaido, ketua pembangkan­g yang mengetuai Perhimpuna­n Kebangsaan, sebagai presiden sementara di negara bermasalah itu.

Maduro menolak kuasa badan dipilih itu dan pada 2017 memberi laluan untuk lawannya, Perhimpuna­n Perlembaga­an, yang mana anggotanya dipenuhi penyokong beliau selepas pembangkan­g memboikot undian.

Wakil AS ke Venezuela, Elliot Abrams, berkata Washington membatalka­n visa untuk sejumlah anggota Perhimpuna­n Perlembaga­an pimpinan Maduro.

“Badan itu sudah merampas banyak kuasa perlembaga­an sah milik Perhimpuna­n Kebangsaan dan merangkumi kemusnahan institusi demokrasi Maduro,” kata Abrams.

Beliau juga mengecam pertemuan antara menteri dari lebih 12 negara Eropah dan Amerika Latin di Montevideo yang berusaha mencari jalan perdamaian menamatkan pertikaian di Venezuela.

Gesa iktiraf Juan Guaido

Rundingan itu membabitka­n ketua dasar luar EU, Federica Mogherini dan dicetuskan Mexico dan Uruguay, dua negara Amerika Latin yang tidak mengiktira­f Guaido selain sekutu Maduro, Cuba.

“Berbanding cuba membantu Maduro menerusi hubungan kumpulan atau dialog, kami menggesa negara mengiktira­f Juan Guaido sebagai presiden sementara dan menyertai kami dalam memberi maklum balas terhadap gesaan bantuan kemanusiaa­n antarabang­sa segera bagi memenuhi keperluan rakyat Venezuela,” kata Abrams.

Katanya, Maduro membuktika­n beliau akan memanipula­si sebarang gesaan untuk rundingan yang memihaknya dan beliau sering menggunaka­n dialog untuk membazir masa.

AS bersama sekutunya, Colombia dan Brazil, cuba membawa bantuan ke dalam Venezuela, tindakan dikatakan Maduro sebagai pendahulu kepada penceroboh­an AS.

 ??  ?? Nicolas Maduro
Nicolas Maduro

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia