Berita Harian

Tiada alasan buat Arsenal tumpas lagi

-

London: Unai Emery mengakui Arsenal tidak memiliki alasan jika berterusan gagal memperbaik­i rekod di gelanggang lawan apabila bertemu kelab tercorot, Huddersfie­ld, malam ini waktu Malaysia.

Skuad kendalian Emery tewas ketiga-tiga perlawanan terakhir di gelanggang lawan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk ketika tewas 1-3 kepada Manchester City, minggu lalu.

Selepas turut tewas di Southampto­n dan West Ham, risiko kekalahan kepada kelab tercorot, Huddersfie­ld di Stadium John Smith tetap ada dan ia tampak terlalu sukar ditelan Emery.

Kemenangan 2-1 di Bournemout­h pada November lalu adalah kali terakhir Arsenal meraih tiga mata di gelanggang lawan dengan Huddersfie­ld dilihat seperti mangsa sempurna selepas tewas 11 daripada 12 perlawanan terakhir liga.

“Kami memulakan aksi di gelanggang lawan dengan amat baik, mengubah mentaliti kami tetapi kini kami perlu mengembali­kan semua keyakinan itu, meraih semula prestasi dan peluang seterusnya adalah menentang Huddersfie­ld,” kata Emery.

“Bagi kami, perlawanan di tempat lawan menjadi satu cabaran dan setiap perlawanan adalah cabaran baharu. Setiap perlawanan juga adalah peluang yang besar untuk kami bertarung bagi meraih tiga mata.”

Ketika Arsenal dilihat tidak bermasalah untuk menang, Emery menegaskan skuad kendaliann­ya tidak boleh memandang rendah lawan yang bergelut dengan penyingkir­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia