Berita Harian

Pertaruhan bintang United

-

London: Jesse Lingard mengakui persaingan dalam padang dengan Marcus Rashford mampu memacu peluang Manchester United memburu kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mereka bersedia menghadapi Fulham, malam ini waktu Malaysia.

Dengan gabungan sembilan gol dicetak mereka sejak Ole Gunnars Solskjaer tiba, jentera serangan United kini dilihat lebih mengancam beberapa minggu kebelakang­an ini.

Rashford muncul penyumbang gol pertama di bawah rejim Solskjaer ketika bertemu Cardiff City, manakala Lingard meledak dua gol untuk melengkapk­an kemenangan 5-1 itu.

Malah, gol kemenangan ketika mengatasi Leicester City 1-0 minggu lalu turut dijaringka­n Rashford yang kini menghimpun enam gol sepanjang lapan perlawanan di bawah Solskjaer.

Dan Lingard percaya persaingan sihat dengan Rashford melalui ‘pertaruhan’ banyak membantu mereka memperagak­an persembaha­n terbaik.

“Marcus dan saya sudah menetapkan sasaran satu sama lain untuk mencabar diri kami,” kata Lingard.

“Jelas sekali masing-masing meletakkan sasaran berbeza, bergantung pada perlawanan dengan pemenang ditentukan berdasarka­n berapa banyak percubaan ataupun banyak mana sentuhan bola dilakukan.

“Pertaruhan itu ditetapkan secara rambang, ia untuk mencabar satu sama lain dalam memastikan rakan anda turut berjaya. Saya tidak akan mendedahka­n berapa jumlah pertaruhan kerana nanti semua orang akan tahu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia