Berita Harian

Ujian City pertahan trofi

Perlu catat kemenangan ke atas Chelsea untuk terus kekal di persada

-

Pengendali Manchester City berdepan ujian sebenar dalam misi mempertaha­nkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menerima kunjungan Chelsea, tengah malam esok waktu Malaysia.

Kemenangan City di Everton, kelmarin melonjak mereka ke persada liga memintas Liverpool berdasarka­n agregat gol untuk terus meletakkan tekanan kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Selepas dua keputusan seri, Liverpool kini tidak boleh lagi mengulangi kesilapan apabila melayan Bournemout­h di Anfield, hari ini.

Pep Guardiola pada masa sama turut mencabar barisan pemain Manchester City untuk membuktika­n betapa mereka mampu menjarakka­n mata ke atas Liverpool dengan menewaskan Chelsea di Stadium Etihad.

itu ketinggala­n tujuh mata, kelebihan dilihat tetap memihak kepada City walaupun bermain lebih satu perlawanan.

Namun, dengan Liverpool turun beraksi 24 jam lebih awal, Guardiola sedar City perlu beraksi sebaik mungkin apabila bertemu pasukan tangga keempat, Chelsea.

“Kini ujian sebenar sudah tiba. Chelsea adalah sebuah pasukan yang kuat yang mempunyai tempoh tujuh hari untuk mempersiap­kan diri,” kata Guardiola.

“Ia adalah aksi terakhir kami pada minggu ini. Jika kami berjaya membawa pulang mata penuh, ia adalah satu perkara positif.”

Ketika Chelsea mengharung­i prestasi tidak menentu sebelum mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Huddersfie­ld, Sabtu lalu, pasukan bimbingan Maurizio Sarri itu pernah menghadiah­kan kekalahan pertama liga City sejak April lalu dengan kemenangan 2-0 di Stamford Bridge pada Disember lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia