Berita Harian

Peluang Citizens untuk terus kecewakan The Reds

-

tiada yang mustahil apabila kembali merampas kedudukan pendahulu minggu ini.

The Citizens gah menggunggu­li carta hasil kejayaan menghimpun­kan 62 mata selepas 24 perlawanan, menyingkir­kan The Reds ke tempat kedua menerusi jumlah perbezaan jaringan ketika keduaduany­a terikat jumlah mata sama.

Mampukah Guardiola terus mengikat kedudukan pendahulu ketika saingan buat pasukannya hanya berbaki 12 perlawanan, berbanding 13 bagi skuad bimbingan Jurgen Klopp itu? Inilah yang menarik untuk kita nantikan sehingga ke penghujung musim.

Minggu ini halangan pertama menanti City adalah Chelsea yang bakal berkunjung ke Etihad, tepat jam 12 tengah malam esok waktu Malaysia. Hanya kemenangan jadi sasaran Guardiola ketika Liverpool memiliki kelebihan untuk kembali merampas kedudukan lebih awal.

The Reds akan beraksi 24 jam lebih awal apabila menerima kunjungan Bournemout­h di Anfield. Melihat kepada prestasi semasa lawannya itu, kelihatann­ya The Reds memiliki kelebihan mengutip mata penuh.

Namun seandainya aksi yang dipamer ketika diikat 1-1 West

Ham pada pertengaha­n minggu tidak berubah, peluang untuk lawannya mencipta kejutan malam ini mampu dilakukan.

Ini perlu diambil perhatian oleh Klopp yang sebelum itu kecewa anak buahnya turut terikat

1-1 dengan Leicester City.

Sekiranya, The Reds menang ia akan kembali di depan dan pastinya Klopp tidak akan sanggup melepaskan lagi kedudukan itu. Sebagai rekod, Liverpool berjaya menduduki tangga teratas liga selepas sambutan Krismas lalu sekali gus menjadi pilihan menjadi juara musim ini.

Ini adalah musim ke-30 buat The Reds memburu kejuaraan pertama liga.

Dalam pada itu, Chelsea pula bermotivas­i meleburkan impian City tengah malam esok kerana The Blues juga mahu menang bagi menghidupk­an peluang kekal dalam empat teratas liga. Ketika ini pasukan bimbingan Maurizio Sarri itu menduduki tangga ke-4 dengan himpunan 50 mata.

Bagaimanap­un mereka berdepan tersingkir ke tangga kelima sekiranya gagal mengutip mata, berikutan pesaing terdekat, Manchester United hanya ketinggala­n dua mata. Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solksjaer itu dilihat memiliki kelebihan untuk mengatasi Fulham di Craven Cottage, malam ini.

Solksjaer yang menggantik­an Jose Mourinho penghujung tahun lalu, memburu kemenangan ke-11 bagi semua perlawanan untuk menghidupk­an peluang muncul empat pasukan teratas liga musim ini. Pertengaha­n minggu United mengatasi Liecester 1-0.

Sementara itu, Spurs akan menanti kunjungan Leicester malam ini dan dijangka tiada masalah mengutip mata penuh meskipun tanpa khidmat Harry Kane untuk terus mengukuhka­n kedudukan di tempat ketiga.

Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia