Berita Harian

15 pemain Terengganu terpilih

-

Kuala Lumpur: Seramai 15 pemain dari Terengganu mengetuai senarai 20 pemain yang akan ke latihan pusat bagi menghadapi saingan Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2019 di Pattaya, Thailand, bermula 7 hingga 17 Mac ini.

Latihan pusat itu akan diadakan di gelanggang bola sepak pantai Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, bermula 19 Februari hingga 4 Mac dengan hanya 12 yang terbaik akan dipilih untuk dibawa ke Pattaya, 5 Mac ini.

Malaysia dijadualka­n bertemu Afganistan pada 7 Mac, diikuti tuan rumah, Thailand (9 Mac) sebelum menentang Palestin dua hari selepas itu bagi melengkapk­an tiga perlawanan peringkat Kumpulan A.

Jika berjaya menduduki dua tangga teratas, saingan suku akhir dijadual berlangsun­g pada 14 Mac diikuti aksi separuh akhir pada 15 Mac dan final pada 17 Mac.

Ketika menjadi tuan rumah pada edisi terdahulu yang menyaksika­n ia dilangsung­kan di Kuala Terengganu, Malaysia sekadar beraksi di peringkat kumpulan.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat: Mohd Nazri Sulaiman, Mohd Zaharim Mohd Yusof, Mohd Riduwan Mohd Nor, Mohammad Fakhrullah Mohamad, Muhammad Qushairi Assari, Mohamad Norazman A Bakar dan Mohd Hasrol Ali,

Selain itu, Wan Muhammad Syarif Wan Abd Manan, Abdul Harith Iskandar Ibrahim, Muhamad Hazman Satopa, Mohammad Faiq Mazelih, Mohd Izamzi Mohamad dan Mohamad Rizaudin Awang Long.

Turut dipanggil adalah Muhammad Zulhairi Ismail, Mohammad Nur Hadzwan Hashim (Terengganu), Mohd Shafiq Riza Huzair (Pahang), Mohd Ridhwan Zainal, Mohd Hafiz Arbaen (Kuala Lumpur), Azrul Azhar dan Azrizan Ahmad (Kedah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia