Berita Harian

UNIKL belasah UITM 11-0

-

teratas liga dengan kutipan 22 mata selepas lapan perlawanan.

Pesta gol UNIKL bermula pada babak kedua perlawanan apabila mendahului enam gol tanpa balas pada suku ketiga perlawanan menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-31, Muhammad Razie Abd Rahim (32’ dan 41’), Robert Huib Kemperman (34’), Muhamad Hafiz Zainol (37’) dan Rafizul Ezry Mustafa pada minit ke-39.

UNIKL terus mengganas apabila meledak lima lagi gol menerusi Valentin Verga pada minit ke-47 dan minit ke-60, Martijn Peter Havenga (49’), Muhammad Marhan Mohd Jalil (51’) dan Robert Huib Kemperman pada minit ke-52.

Walaupun meraih kemenangan selesa, Arul jelas kecewa dengan prestasi pemainnya pada babak pertama perlawanan kerana gagal meraih sebarang jaringan.

“Suku pertama dan kedua kami terlalu memberi ruang kepada lawan, tapi bila bersambung separuh masa kedua, segala-galanya berubah. Pemain dapat jaringkan tiga gol pertama dengan pantas dan ia terus mengubah rentak permainan kami,” katanya.

Terus mengejar

TNB pula terus mengejar kedudukan UNIKL di persada liga selepas membenam pasukan tercorot, Nurinsafi/hoki Kedah dengan keputusan 6-1 di Stadium Hoki Kuala Lumpur, di sini.

Enam gol TNB dijaringka­n oleh Muhammad Firhan Ashaari pada minit ke-23 dan minit ke-46, Mohamad Akhimullah Anuar Esook (minit ke-30 dan minit ke-60), Muhammad Noor Firdaus Rosdi (minit ke-26) dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-55.

Dalam pada itu, TNB Thunderbol­ts meraih kemenangan sulung musim ini setelah mengejutka­n juara Piala Sumbangsih, Kelab Hoki Terengganu (THT) dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hoki Tun Razak, di sini.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi gol padang Muhammad Hazzim Amin Hafidz pada minit ke-27, sebelum pemain import dari Korea Selatan, Jung Manjae menyamakan kedudukan untuk THT menerusi gol padang pada minit ke-41.

Muhamad Aminudin Mohd Zain muncul wira TNB Thunderbol­ts apabila menyempurn­akan pukulan sudut penalti pada minit ke-51, sekali gus memastikan pasukan berkenaan mengutip tiga mata pertama pada musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia