Berita Harian

MHC belanja RM650,000 setahun

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mendedahka­n sebanyak RM650,000 dibelanjak­an pihaknya setahun bagi menampung kos pembayaran elaun pengadil dan pegawai perlawanan termasuk membabitka­n aksi Liga Hoki Malaysia (MHL).

Bendahari MHC, S Selvendran, berkata jumlah berkenaan sebenarnya cukup tinggi berbanding dengan apa difikirkan kerana pihaknya bukan saja hanya perlu memikirkan pembayaran bagi satu atau dua pegawai perlawanan.

“Kita sebenarnya bukan hanya menjaga satu pengadil tetapi sebaliknya perlu menjaga kebajikan 150 pegawai perlawanan yang terbabit dengan MHL. Jadi sebab itu perbelanja­an kita agak tinggi dari segi elaun pegawai perlawanan.

Elaun rendah

“Dalam laporan akhbar semalam ia nampak kecil kerana RM65 untuk elaun perlawanan bagi satu-satu pengadil tetapi secara keseluruha­nnya kami membelanja­kan RM650,000 setahun,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab ura-ura yang timbul bahawa barisan pengadil dan pegawai teknikal MHL 2019 bercadang memboikot kejohanan itu selepas menerima bayaran elaun perlawanan yang dianggap rendah iaitu RM65 bagi satu-satu perlawanan.

Mengulas lanjut, Selvendran berkata daripada keseluruha­n RM650,000 itu hanya kirakira RM 250,000 diperuntuk­kan bagi kempen MHL manakala bakinya digunakan untuk Liga Hoki Remaja Malaysia, Piala Razak selain untuk elaun bagi pengadil yang mengadili kejohanan antarabang­sa.

Sabar tunggu keputusan

“Ia bukan sekadar membabitka­n elaun perlawanan, sebenarnya ia termasuk elaun penginapan dan perjalanan.

“Jadi, apabila ada pihak yang mengatakan kami tidak menghargai pengadil ia tidak masuk akal kerana kami sudah mencuba sedaya upaya memberi sokongan secukupnya kepada mereka,” katanya.

Malah, Selvendran turut meminta agar barisan pengadil menunggu dengan penuh sabar keputusan - membabitka­n permohohan mereka untuk elaun dikaji semula - yang akan diputuskan mesyuarat Lembaga Eksekutif MHC tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia