Berita Harian

Pasukan Ducati kuasai hari terakhir

-

Sepang: Pelumba Mission Winnow Ducati, Danilo Petrucci memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan jentera Desmoedici GP19 untuk meleburkan rekod masa sepusingan terpantas di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) pagi kelmarin, pada hari terakhir ujian pramusim Kejuaraan Motogp 2019, di sini, semalam.

Walaupun terjatuh ketika sesi ujian itu pada tengah hari, pelumba Itali berusia 28 tahun itu berjaya mencatat masa terpantas satu minit 58.239 saat, mengatasi catatan masa Jorge Lorenzo 1:58.830s yang dilakukan tahun lepas menggunaka­n jentera Ducati.

Lorenzo yang kini mewakili Repsol Honda Team, satu-satunya pelumba tidak berada di Litar Sepang untuk sesi ujian itu berikutan baru menjalani pembedahan pada pergelanga­n tangannya.

Sesi ujian pada hari terakhir itu dalam keadaan cuaca panas terik dikuasai pasukan menggunaka­n jentera Ducati - Mission Winnow Ducati dan Alma Pramac Racing.

Aksi cemerlang

Pelumba rookie Motogp 2019 dan juara dunia Moto2, Francesco Bagnaia daripada Alma Pramac Racing menampilka­n aksi cemerlang hari ini, hanya 0.063s di belakang Petrucci, manakala rakan sepasukann­ya, Jack Miller dari Australia di tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 1:58.366s.

Seorang lagi pelumba Mission Winnow Ducati dari Itali, Andrea Dovizioso pula ketinggala­n 0.299s daripada pendahulu.

Pelumba pasukan tuan rumah, Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dari Itali mencatat keputusan membanggak­an apabila berjaya menempatka­n diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik selepas mencatat masa terpantas 1:59.141s di kedudukan kelapan, manakala rakan sepasukann­ya dari Perancis, Fabio Quartararo di tempat ke-16 dengan catatan 1:59.497s.

Juara dunia tujuh kali kelas utama Kejuaraan Motogp, Valentino Rossi daripada pasukan Monster Energy Yamaha Motogp, dan juara dunia Marc Marquez, masingmasi­ng di tempat ke-10 dan 11 selepas mencatat masa 1:59.155s dan 1:59.170s.

Pelumba Motogp tunggal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah pula merekodkan masa 2:00.766s.

Pusingan akhir ujian pramusim Motogp akan diadakan di Litar Antarabang­sa Losail di Qatar pada 23 hingga 25 Februari, sebelum perlumbaan pembuka tirai musim 2019 di litar sama pada 8 hingga 10 Mac.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pelumba pasukan Ducati, Danilo Petrucci Antarabang­sa Sepang, semalam. pada sesi latihan pramusim terakhir di Litar
[ FOTO AFP ] Pelumba pasukan Ducati, Danilo Petrucci Antarabang­sa Sepang, semalam. pada sesi latihan pramusim terakhir di Litar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia