Berita Harian

Singa Utara kembali mengaum

- Oleh Syafiq Aznan

Shah Alam: Perlis kembali memperagak­an aura selaku pencabar Liga Perdana musim ini apabila membenam UITM FC menerusi kemenangan 3-0 pada aksi kedua di Stadium UITM Shah Alam, di sini, malam tadi.

Meskipun kerap ‘dibelasah’ susulan tunggakan gaji, namun skuad Singa Utara itu membuktika­n semangat untuk menang nyata mengatasi segalanya, sekali gus bangkit daripada kekalahan 2-1 pada aksi pembukaan di tangan UKM FC, minggu lalu.

Bagi skuad Lion Troops pula, kekalahan pertama ini sudah tentu memeritkan apatah lagi ketika mereka bermula dengan baik, namun kehilangan punca selepas dibolosi dua gol, sekali gus terus tenggelam pada separuh masa kedua.

Pada aksi malam tadi, UITM FC menguasai awal permainan ketika Perlis masih mencari rentak yang menyaksika­n tuan rumah terlebih dahulu memberikan ancaman kepada gawang pasukan Perlis.

Kejutkan tuan rumah

Bagaimanap­un, Perlis mengejutka­n tuan rumah menerusi gerakan menarik satu dua antara Fahrulrazi Kamaruddin dan Safee Sali sebelum lorongan Fahrulrazi disudahkan Khyril Muhymeen Zambri untuk gol pembukaan pada minit ke-31.

Lima minit berselang, Perlis terus garang apabila menyumbat gol kedua selepas Safee Sali menampan hantaran lintang Mohd Hafizi Amirudin yang ditanduk Khyril untuk gol kedua peribadiny­a bagi musim ini.

Babak kedua bersambung, Perlis menggandak­an asakan dan Khyril seharusnya memperoleh­i hatrik pada minit ke-57, namun tandukanny­a betul-betul di hadapan pintu gol melambung tinggi sebelum percubaan Fahrulrazi terkena palang pada minit ke-61.

Gol ketiga yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-72 selepas hantaran Azmizi Azmi disudahkan menerusi rembatan leret Kevin Osei untuk membolehka­n Perlis terus selesa berkelebih­an dengan tiga gol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia