Berita Harian

PFAM sedia hulur bantuan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) sedia memberikan khidmat nasihat dan membantu mana-mana pemain Perlis yang berhasrat meninggalk­an pasukan itu.

Bagaimanap­un Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya menegaskan ia tetap bergantung kepada pemain berkenaan dan pihaknya tidak ada hak untuk menentukan nasib mereka.

“Di pihak PFAM, kita akan terus memantau perkara ini dan sedia tawarkan khidmat nasihat kepada pemain serta membantu mereka daripada aspek surat menyurat. Kita akan pastikan mereka guna saluran yang betul.

“Ini kerana kami tidak mahu timbul masalah lain di masa akan datang. Apa pun semua keputusan bergantung kepada pemain itu sendiri, sama ada mahu kekal atau pun berhijrah ke pasukan lain,” katanya.

Terdahulu, kemelut gaji terus berpanjang­an selepas PFA gagal menyelesai­kan tunggakan gaji yang memasuki tempoh dua bulan, semalam.

Sebelum ini juga, Pegawai Khas Presiden PFA, Hasmawi Hassan turut mengesahka­n pemain boleh tentukan hala tuju mereka sekiranya mereka tidak menerima bayaran gaji selama dua bulan berturut-turut yang sepatutnya perlu dibuat kelmarin.

Mengikut klausa, pemain berhak untuk menamatkan kontrak sekiranya tidak dibayar gaji untuk tempoh lebih daripada sekali dan mereka perlu menulis surat kepada setiausaha agung untuk memaklumka­n mengenai penamatan kontrak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia