Berita Harian

Presiden PFA beri harapan baharu

Pasukan sahkan sedang berunding dengan beberapa penaja untuk selesaikan isu

- Oleh Syafiq Aznan

Mungkinkah ada sinar di hujung terowong buat pemain pasukan Perlis selepas dibelenggu dengan isu tunggakan gaji selama dua bulan ketika ini?

Harapan baharu dijangka menyinari skuad Singa Utara itu selepas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie mengesahka­n pihaknya sedang berunding dengan beberapa penaja bagi mencari jalan menyelesai­kan tunggakan gaji yang dihadapi pasukan itu.

Rundingan

“Kita juga mengadakan rundingan dengan beberapa penaja lain dan harapan saya adalah kita dapat menyelesai­kan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya kepada Sukan BH semalam bagi mengulas isu membabitka­n pasukan Perlis ketika ini.

“Segala kemelut yang me- landa Perlis ini bukan salah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana ini masalah PFA sendiri apabila apa yang disusun tidak mengikut perancanga­n asal.

“Keputusan MFL menaikkan Perlis ke Liga Perdana tidak salah memandangk­an ketika itu, kita ada perancanga­n yang jelas namun impak negatif selepas pasukan ini diberi peluang ke Liga Perdana merosakkan segala perancanga­n,” katanya.

Sedia serah bukti

Dalam perkembang­an sama, Amizal turut bersedia untuk menyerahka­n segala bukti dokumen kedudukan kewangan mereka sebelum 15 Februari ini seperti yang diarahkan oleh badan pengendali liga itu.

“Tiada masalah, tempoh lebih seminggu ini memang cukup dan kami akan hantar segala dokumen berkenaan kewangan pasukan sebelum 15 Februari ini.

“Sememangny­a MFL sentiasa berhubung dengan kami untuk mengikuti perkembang­an pasukan dan tidak ada masalah untuk mematuhi segala arahan MFL,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia