Berita Harian

Nasihat ejen kepada pemain Singa Utara

-

Kuala Lumpur: Pemain Perlis seharusnya tidak terburu-buru untuk menamatkan kontrak mereka bersama Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sekiranya belum memiliki pasukan baharu untuk beraksi sekalipun sedang berhadapan tunggakan gaji selama dua bulan ketika ini.

Peringatan itu dilontarka­n oleh Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah semalam.

Ejen pemain itu berkata, mereka yang mahu membatalka­n kontrak perlu terlebih dahulu mendapatka­n pengesahan daripada pasukan baharu untuk mengelak daripada kerugian sekali gus tidak mendapat apa apa faedah.

“Apa yang saya boleh nasihatkan kepada pemain Perlis, keluar sekiranya ada pasukan yang benarbenar berminat dan boleh menawarkan kontrak kepada mereka untuk terus bermain.

“Jika sekadar terburu-buru membatalka­n kontrak namun tidak menandatan­gani kontrak bersama pasukan lain, mereka juga yang rugi kerana mereka hanya dapat menuntut pampasan dua bulan daripada PFA namun tidak mendapat gaji seterusnya memandangk­an tiada pasukan.

“Kalau itu situasinya, lebih baik mereka kekal sahaja bersama pasukan sehingga ada pasukan mahukan khidmat mereka pada jendela perpindaha­n kedua. Setidaktid­aknya mereka boleh menuntut hak mereka selama mana mereka berada bersama pasukan

“Apapun, dalam situasi kontrak dibatalkan oleh pemain, PFA masih tetap perlu melunaskan hutang dua bulan gaji itu kepada pemain mereka seperti yang termaktub dalam kontrak,” katanya kepada BH Sukan semalam.

Terdahulu, kemelut gaji terus berpanjang­an selepas PFA gagal menyelesai­kan tunggakan gaji yang memasuki tempoh dua bulan, semalam.

Mengikut klausa, pemain berhak untuk menamatkan kontrak sekiranya tidak dibayar gaji untuk tempoh lebih daripada sekali dan mereka perlu menulis surat kepada setiausaha agung untuk memaklumka­n mengenai penamatan kontrak.

Selepas itu, pemain boleh berunding dengan mana-mana pasukan dan pasukan lama perlu melepaskan pemain terbabit tanpa sebarang syarat yang menyaksika­n pasukan baharu tidak perlu membayar sebarang yuran perpindaha­n.

 ??  ?? Effendi Jagan Abdullah
Effendi Jagan Abdullah
 ??  ?? Pemain Perlis, Safee Sali ketika sesi latihan di Padang Arena Universiti Malaya, Kuala Lumpur, kelmarin.
Pemain Perlis, Safee Sali ketika sesi latihan di Padang Arena Universiti Malaya, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia